KEBERSIHAN MENINGKATKAN KEMESRAAN DAN BERAHI DALAM RUMAHTANGGA
” Bersihkanlah tubuh kamu, nescaya Allah akan membersihkandiri kamu dari dosa dosa kamu, kerana sesungguhnya tiada seorang hamba pun yang tidur pada malam hari dalam keadaan bersuci , melainkan ada bersamanya seorang malaikat. Malaikat ini tidak akan pernah lalai walaupun sedetik untuk berdoa: Ya Allah ampunilah hambamu ini, sesungguhnya dia tidur dalam keadaan bersuci” Tabrani dan Ibnu Umar
” Apabila Rasulullah SAW bangun pada waktu malam, baginda biasa membersihkan mulut baginda dengan bersugi” Bukhari dan Muslim.
” Daripada Aisyah, katanya, “Bahawasanya Nabi SAW tidak tidur pada waktu malam dan tidak pula pada waktu siang, kecuali sesudah baginda menggosok gigi” Ahmad dan Abu Daud
Daripada Aisyah, katanya, “Apabila Rasulullah SAW masuk kerumahnya, baginda mulai dengan bersugi.” Muslim, Abu Daud dan Nasa’i
” Cucilah pakaianmu, sikatlah rambutmu, bersiwaklah, berhiaslah, dan bersihkan dirimu. Kerana bani Israil tidak pernah berbuat demikian, sehingga wanita mereka suka berzina.” Dailami
” Aku tidak pernah melihat orangyang berambut panjang tersusun rapi, dengan memakai pakaian berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah SAW, rambutnya mencapai kedua dua bahunya. Kedua dua bahunya bidang. Baginda bukanlah seorang yang rendah dan tidak pula terlampau tinggi.”
Orang orang kaum bani tidak mahu menjaga kebersihan dan menghias diri dan tidak menjaga kebersihan dan tidak menarik sehingga mendorong isteri isteri mereka menyeleweng danberbuat zina.
Antara sebab mengapa suami isteri kurang mementingkan kebersihan sehingga mempengaruhi kebahagiaan rumah tanga
- Kerana kebiasaan, sejak kecil tidak dididik dan dibiasakan dengan kebersihan dan penampilan yang menarik
- Kerana malas., ini akan menyebabkan kebosanan dalam hubungan rumah tangga.
- Persekitaran
- Kerana kesibukan kerja.
- Putus asa dalam kehidupan menyebabkan tidak mengambil perhatian dan membiarkan diri dengan tidak terurus mungkin kerana faktor ekonomi, sosial dan putus asa dalam hidup…
moga menjadi renungan dan bermanfaat.
PENGARUH PENDIDIKAN ANAK MELALUI ORANG TUANYA
- Anak yang selalu melihat ibubapanya berzikir,bertahlil,bertahmid,bertasbih dan bertakbir akan meniru ucapan LAA ILAHA ILLALLAH,SUBHNANALLAH,ALHAMDULILLAH DAN ALLAHU AKBAR
- Anak yang disuruh orang tuanya pada malam hari memberikan sedekah pada fakir miskin secara sembunyi adalah jauh bezanya dengan anak yang disuruh orang tuanya malam malam membeli rokok
- Ana yang selalu melihat orang tuanya berpuasa dan berjamaah diMasjid tidaklah sama dengan anak yang selalu melihat orang tuanya ketempat hiburan dan disko
- Anak yang selalu mendengar azan akan selalu mengulang ulangnya..dan anak yang selalu mendengar orang tuanya menyanyi akan selalu mengulang ulang lagu itu
- Anak anak akan meneladani dan cenderung mengikut perilaku orang tuanya selalu berbuat baik terhadap ibubapa mereka (datuk/nenek) selalu mendoakan dan meminta ampunan Allah untuk mereka, selalu bertanyakan berita dan keadaan mereka, selalu menyenangkan mereka, selalu memenuhi keperluan mereka..dan berdoa YA ALLAH AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH KEDUANYA SEPERTI MANA MEREKA MENDIDIKKU DIWAKTU KECIL.,selalu menziarahi kubur mereka , selalu menyambung silaturrahim dengan sahabat2 mereka, selalu memberi kepada orang orang yang dulu sering mereka beri ..maka dengan izin Allah anak ini akan melakukan kepada orang tuanya sepertimana yang dilakukan orang tuanya kepada ibubapa mereka.
- Anak yang melihat ibunya menutup aurat, menjaga dan memelihara kesucian diri dan kebersihan jiwa,sebaliknya ibu yang sentiasa membuka aurat,tidak memelihara kesucian dan kehormatan diri akan menjadi ikutan anak anaknya dan akan menjadi malang lah anak anak yang mendapat didikan yang tidak baik dari kedua ibu bapanya.
- Jangan melarang sesuatu sedang anda melakukannya kerana anak anak akan mengikuti segala perlakuan kedua orang tuanya.
KAABAH DI CUCI DUA KALI SETAHUN
Gubernur Mekah Khalid Al-Faisal akan memimpin pencucian Kabah yang akan dihadiri oleh para ulama terkemuka, pejabat Arab Saudi dan para diplomat yang bertugas di Arab Saudi, Sabtu (2 Januari atau l6 Muharram) waktu setempat.
Bangunan mirip kubus yang merupakan kiblat umat Islam tersebut, menurut Arabtimes.com dicuci dua kali dalam satu tahun yakni pada tanggal 15 Sha’ban (bulan sebelum bulan puasa, Ramadhan) dan pada pertengahan Muharam yakni bulan setelah Zulhijah dimana umat Islam menunaikan rukun ke lima Islam untuk naik haji.
Sejumlah ulama terkemuka, pejabat pemerintah Arab Saudi, tokoh setempat dan diplomat asing yang bertugas di Arab Saudi diundang dalam acara tersebut, sementara pemerintah Indonesia akan diwakili oleh Kuasa Usaha Ad Interim Kedubes RI di Riyadh Sukanto.
Tabir terbuat dari kain berwarna hitam penutup Rumah Allah tersebut (disebut kiswah) sudah diganti dengan yang baru pada 9 Zulhijah yakni pada saat jemaah haji melakukan ritual Wukuf yang merupakan ritual puncak rukun haj di Padang Arafah.
Wukuf dimaknakan sebagai hari penantian yakni pada saat umat manusia dikumpulkan dalam formasi antri, menanti ditimbang-timbang amal kebajikan dan dosanya.
Ritual pencucian Ka’bah dimulai dengan shalat sunnat dua rakaat di dalam Kabah yang merupakan bangunan kubus. Bagian dalamnya dipel dengan kain putih yang dibasahi air mawar, wewangian khas Arab (beraroma kayu oud) dan parfum beraroma musk (minyak kelenjar rusa).
Air zamzam dicampur dengan air mawar dipercikkan di lantai Kabah kemudian lantai dipel dengan tangan kosong dan daun kurma (palm). Sebelum memasuki Ka’bah, Pangeran Khalid akan melakukan Tawaf (mengitari Kabah tujuh kali) dan menyentuh Hajar Aswad (batu hitam yang dibawa malaikat dari surga).
Pangeran kemudian akan menerima kunci Kabah yang diletakkan dalam tas beludru dari para pengawal (Bani Shayba). Saat memasuki Rumah Allah itu, Pangeran Khalid akan shalat dua rakaat di hamparan sajadah terbuat dari batu pualam, tempat sama yang diyakini digunakan shalat oleh Nabi Muhammad SAW.
Seremoni pencucian Kabah dimulai saat para tamu sudah keluar dari rumah Allah tersebut, sedangkan lantai marmer dan dinding Kabah akan dilap dengan air zamzam dan parfum bunga mawar.
Setelah dipel, lantai dan dinding Ka’bah akan dikeringkan dengan kertas tisu dan kain putih, kemudian disirami lagi dengan wewangian aroma oud dan mawar dan setelah itu Kabah dianggap incenced.
Bangunan sisi bagian timur Ka’bah tingginya l4 meter, sementara sisi barat dan selatan l2,11 meter dan ll,28 meter dari sisi utara. Lantai bagian dalam dilapisi keramik berwarna, sementara atapnya ditunjang tiga pilar kayu, masing-masing berdiameter 44 cm.
Struktur atap terdiri atas dua lapisan, bagian atas dan bawah, sementara dinding bagian dalam ditutup dengan layar terbuat dari beludru hijau yag diganti tiap tiga tahun sekali.
Pada atap bagian teratas terdapat ventilasi dengan panjang 127 cm dan lebar l04 cm untuk memberikan kesempatan bagi cahaya matahari masuk. Ventilasi ditutup dengan kaca penguat yang dibuka saat acara pencucian.
Pintu Ka’bah yang berada pada 225 cm di atas permukaan tanah, tingginya 310cm, lebar 40 cm dan panjang 190 cm, terbuat dari kayu yang dilapisi 280 Kg emas murni
Kadar minimum mas kahwin wajar diselaraskan
Oleh Musa Awang
Isu maskahwin pernah dibincangkan suatu ketika dahulu. Pengumuman kerajaan Selangor mulai 1 Januari tahun hadapan, kadar maskahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 samada anak dara atau janda berbanding kadar semasa iaitu antara RM80 bagi anak dara dan RM40 bagi janda, membuka minda Penulis untuk membincangkannya diruangan. Beberapa perkara terlintas difikiran Penulis, pertamanya ialah tentang perbezaan jumlah mas kahwin setiap negeri di Malaysia. Keduanya tentang kadar minimum maskahwin. Ketiganya, adakah wajar jumlah maskahwin ditetapkan oleh pemerintah atau diserahkan kepada masyarakat untuk menentukan jumlah maskahwin.
Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang. Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”
Maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat. Dalam hadith riwayat Ahmad Ibnu Majah, Tarmizi bahawa Rasulullah pernah menikahkan seorang perempuan dengan maskahwin sepasang sepatu wanita dengan persetujuan wanita itu. Dalam hadith yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda s.a.w juga pernah menikahkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan maskahwin lelaki itu mengajarkan kepada wanita itu beberapa hafazan surah dalam Al-Qur’an, kerana lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dijadikan maskahwin.
Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut semasa akad nikah. Jika maskahwin disebut dalam akad akan dibayar secara tunai oleh suami, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu. Sekiranya isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu”. Kadar maskahwin juga akan diambilkira untuk Hakim semasa menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak-pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebuk talak. Apabila maskahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat maskahwin itu walaupun setelah bercerai.
Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Kadar maskahwin di Johor RM 22.50, Melaka RM40.00, Perak RM101.00, Pulau Pinang RM24.00, Pahang RM22.50, Sarawak RM120.00, dan Labuan RM80.00 yang mana tidak dibezakan samada dara atau janda. Manakala di Selangor dan Kuala Lumpur RM 80.00 bagi dara manakala janda RM 40.00, Negeri Sembilan RM24.00 bagi anak dara dan RM12.00 bagi janda, Sabah RM 100.00 bagi dara dan RM 80.00 bagi janda, dan di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan jumlah maskahwin tidak ditetapkan oleh pemerintah. Adalah suatu perkara yang memalukan apabila sebuah negara Islam yang kecil seperti Malaysia mempunyai kadar maskahwin yang berbeza-beza antara negeri. Sudah sampai masanya nilai maskahwin itu diselaraskan dan diseragamkan di semua negeri di Malaysia. Perlu juga dikaji keperluan dibezakan maskahwin antara anak dara dan janda kerana tidak terdapat nas yang jelas yang membezakan maskahwin antara anak dara dan janda.
Hukum Syarak tidak menghadkan kadar minimum atau maksimum maskahwin. Islam mengiktiraf bahawa setiap orang berbeza kaya dan miskinnya, lapang dan sempit rezekinya. Islam juga mengiktiraf bahawa setiap masyarakat juga mempunyai adat dan tradisinya yang tersendiri. Kerana itu Islam menyerahkan masalah jumlah maskahwin itu berdasarkan kemampuan dan tradisi masing-masing. Jadi untuk menentukan banyak atau sedikit maskahwin terpulang kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut. Namun demi menjaga maslahah ammah umat Islam hari ini, supaya jumlah mas kahwin tidak diletakkan sewenang-wenangnya atau direndahkan ke tahap yang boleh merendahkan status wanita, adalah wajar bagi pemerintah menetapkan jumlah maskahwin.
Dalam perkembangan ekonomi hari ini, wajarkah kadar maskahwin serendah RM12.00 atau RM22.50? Dengan nilai sebanyak itu, berapa banyakkah barang yang anda boleh beli? Mungkin satu atau dua barang kecil sahaja. Maskahwin itu adalah hak isteri hatta bapa sebagai wali sekalipun tidak berhak menerima maskahwin kecuali isteri meredhainya. Sesetengah golongan melihat maskahwin sebagai lambang status dan taraf si isteri yang diambil oleh suami sebagai pasangan hidupnya. Adakah status atau taraf wanita hari ini serendah RM12.00 atau RM22.50? Maka sudah sampai masanya negeri-negeri yang lain mencontohi kerajaan Selangor untuk mengkaji semula kadar maskahwin kerana aturan tersebut telah dilaksanakan sejak 30 tahun yang lalu, dan menyelaraskan kadar maskahwin tersebut di antara negeri-negeri.
Penulis berpandangan, kadar maskahwin yang akan ditetapkan tersebut sewajarnya dijadikan kadar minimum maskahwin. Sekiranya kedua belah pihak bersetuju memberikan lebih dari kadar minimum yang ditetapkan tersebut, terpulanglah kepada mereka kerana Syarak tidak pernah menghalang untuk berbuat demikian, jika dipersetujui oleh pihak-pihak. Dalam Surah an-Nisa’ ayat 20 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud “dan kamu telah memberikan kepada salah seorang mereka (isteri-isteri) mahar yang banyak.” Untuk menentukan jumlah maksimum mas kahwin ia dinilai secara Mahr Mithil atau Mahr Musamma. Mahr Mithil ialah maskahwin yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu, di kalangan keluarga yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya, di samping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya. Manakala Mahr Musamma ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.
Cuma perlu ditekankan bahawa Hukum Syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi sampai ke tahap yang boleh menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud: ” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ” Dan sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Ahmad yang bermaksud “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya.” Kadar minimum maskahwin wajar diseragamkan di semua negeri termasuk negeri-negeri yang sebelum ini tidak menetapkan kadar maskahwin seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Sekiranya urusan sekecil-kecil ini boleh diselaraskan, bukan sahaja masyarakat Islam, malah masyakat bukan Islam akan nampak kesatuan umat Islam di Negara ini. Pemerintah berperanan menetapkan jumlah minimum maskahwin, tetapi masyarakat diberi pilihan untuk menentukan kadar maksimum maskahwin atas persetujuan kedua belah pihak
Hakim Berhak Tangguhkan Cerai Isteri Dalam Haid
Di dalam kes perceraian biasa, adalah menjadi kewajipan bagi Hakim untuk memastikan samada seseorang isteri itu berada di dalam kedaan suci atau haid atau mengandung sebelum membenarkan pihak suami melafazkan talak terhadap pihak isteri. Merujuk kepada kita Fiqh As-sunah, karangan Sayed Sabiq, ulama telah berijmak dan bersepakat bahawa adalah haram dan berdosa bagi seorang suami melafazkan talak ke atas seorang isteri ketika mana si isteri tersebut dalam keadaan haid walaupun talak tersebut sah. Talak seperti ini adalah dinamakan sebagai ”talak bid’ie”.
Perbuatan talak bid’ie ini diharamkan kerana ianya bersalahan dengan bentuk talak yang telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala sebagaimana dalam firman-Nya di dalam surah al-Talak ayat 1 yang berbunyi :-
“Wahai Nabi apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan eddahnya.”
Menurut kitab Fiqh al-Manhaji, ulama syafie berpendapat bahawa, suami disunatkan untuk rujuk kembali, jika dia melakukan talak bid’ie sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar :-
Beliau telah menceraikan isterinya ketika haid di zaman Nabi S.a.w Saidina Umar Al-Khattab r.a bertanya kepada Nabi S.a.w mengenai perkara itu: Perintahkan supaya beliau rujuk kembali, jangan ceraikan sehingga dia suci …”
Berdasarkan kepada nas-nas di atas, hikmah diharamkan talak bid’ie ini adalah kerana ia mendatangkan mudarat kepada isteri dan kaum wanita secara amnya.ini kerana tempoh eddah si isteri akan menjadi lebih panjang kerana masa haidnya tidak boleh dikira sebagai permulaan eddah.
Sabda Rasulullah S.a.w :
“Tidak boleh melakukan dharar (menyakiti orang tidak menyakitinya) dan dhirar (menyakiti dengan cara yang tidak sebenar orang yang menyakitinya).”
Berdasarkan kepada hadis di atas, tindakan Hakim Mahkamah syariah menangguhkan kes saudara tersebut adalah bertepatan dengan Hukum Syara’ dan ianya bukanlah satu penangguhan yang bertujuan untuk melengah-lengahkan kes di Mahkamah Syariah. Sebaliknya beliau bertindak melindungi hak si isteri daripada teraniaya akibat menanggung tempoh eddah yang panjang. Ini menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah bukan sahaja berperanan untuk menegakkan keadilan malah meletakkan martabat seseorang wanita itu ditempat yang mulia di dalam Islam.
Oleh itu demi menjaga kepentingan isteri saudara yang bakal diceraikan, maka saudara hendaklah berbincang dengan isteri saudara bila tarikh yang sesuai (iaitu tarikh beliau suci dari Haid) bagi membolehkan Mahkamah menyelesaikan permohonan cerai di bawah seksyen 47 Akta undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)1984 dengan cepat.
Jawapan ini disediakan oleh Yusmawati Binti Ab.llah Exco Penerbitan PGSM.
Tawassul Apakah Bukan Termasuk Syirik?
Perlu kami jelaskan kembali bahwa tawassul secara bahasa artinya perantara dan mendekatkan diri. Disebutkan dalam firman Allah SWT:
يآأَيُّهاَ الَّذِيْنَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيْلَةَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, ” (Al-Maidah:35).
Pengertian tawassul sebagaimana yang dipahami oleh umat muslim selama ini bahwa tawassul adalah berdoa kepada Allah SWT melalui suatu perantara, baik perantara tersebut berupa amal baik kita ataupun melalui orang sholeh yang kita anggap mempunyai posisi lebih dekat kepada Allah SWT. Jadi tawassul merupakan pintu dan perantara doa untuk menuju Allah SWT. Tawassul merupakan salah satu cara dalam berdoa.
Banyak sekali cara untuk berdoa agar dikabulkan oleh Allah SWT, seperti berdoa di sepertiga malam terakhir, berdoa di Maqam Multazam, berdoa dengan didahului bacaan alhamdulillah dan shalawat dan meminta doa kepada orang sholeh. Demikian juga tawassul adalah salah satu usaha agar doa yang kita panjatkan diterima dan dikabulkan Allah SWT . Dengan demikian, tawasul adalah alternatif dalam berdoa dan bukan merupakan keharusan
Para ulama sepakat memperbolehkan tawassul kepada Allah SWT dengan perantaraan amal sholeh, sebagaimana orang melaksanakan sholat, puasa dan membaca Al-Qur’an. Seperti hadis yang sangat populer diriwayatkan dalam hadits sahih yang menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua, yang pertama bertawassul kepada Allah SWT atas amal baiknya terhadap kedua orang tuanya; yang kedua bertawassul kepada Allah SWT atas perbuatannya yang selalu menjahui perbuatan tercela walaupun ada kesempatan untuk melakukannya; dan yang ketiga bertawassul kepada Allah SWT atas perbuatannya yang mampu menjaga amanat terhadap harta orang lain dan mengembalikannya dengan utuh, maka Allah SWT memberikan jalan keluar bagi mereka bertiga.
Adapun yang menjadi perbedaan di kalangan ulama adalah bagaimana hukumnya bertawassul tidak dengan amalnya sendiri melainkan dengan seseorang yang dianggap sholeh dan mempunyai martabat dan derajat tinggi di mata Allah SWT. Sebagaimana ketika seseorang mengatakan: “Ya Allah SWT aku bertawassul kepada-Mu melalui nabi-Mu Muhammmad SAW atau Abu Bakar atau Umar dll”. Para ulama berbeda pendapat mengenai masalah ini.
Pendapat mayoritas ulama mengatakan boleh, namun beberapa ulama mengatakan tidak boleh. Akan tetapi kalau dikaji secara lebih detail dan mendalam, perbedaan tersebut hanyalah sebatas perbedaan lahiriyah bukan perbedaan yang mendasar karena pada dasarnya tawassul kepada dzat (entitas seseorang), adalah tawassul pada amal perbuatannya, sehingga masuk dalam kategori tawassul yang diperbolehkan oleh ulama’. Pendapat ini berargumen dengan prilaku (atsar) sahabat Nabi SAW:
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ إِنَّ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ كَانَ إِذَا قَحَطُوْا اسْتَسْقَى بِالعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ المُطَلِّبِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إَلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتُسْقِيْنَا وَإِنَّا نَنَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَافَيَسْقُوْنَ. أخرجه الإمام البخارى فى صحيحه ج: 1 ص:137
“Dari Anas bin malik bahwa Umar bin Khattab ketika menghadapi kemarau panjang, mereka meminta hujan melalui Abbas bin Abdul Muttalib, lalu Umar berkata: “Ya Allah, kami telah bertawassul dengan Nabi kami SAW dan Engkau beri kami hujan, maka kini kami bertawassul dengan Paman Nabi kita SAW, maka turunkanlah hujan..”. maka hujanpun turun.” (HR. Bukhori)
Imam Syaukani mengatakan bahwa tawassul kepada Nabi Muhammad SAW ataupun kepada yang lain (orang shaleh), baik pada masa hidupnya maupun setelah meninggal adalah merupakan ijma’ para sahabat. “Ketahuilah bahwa tawassul bukanlah meminta kekuatan orang mati atau yang hidup, tetapi berperantara kepada keshalihan seseorang, atau kedekatan derajatnya kepada Allah SWT, sesekali bukanlah manfaat dari manusia, tetapi dari Allah SWT yang telah memilih orang tersebut hingga ia menjadi hamba yang shalih, hidup atau mati tak membedakan atau membatasi kekuasaan Allah SWT, karena ketakwaan mereka dan kedekatan mereka kepada Allah SWT tetap abadi walau mereka telah wafat.”
Orang yang bertawassul dalam berdoa kepada Allah SWT menjadikan perantaraan berupa sesuatu yang dicintai-Nya dan dengan berkeyakinan bahwa Allah SWT juga mencintai perantaraan tersebut. Orang yang bertawassul tidak boleh berkeyakinan bahwa perantaranya kepada Allah SWT bisa memberi manfaat dan madlarat kepadanya. Jika ia berkeyakinan bahwa sesuatu yang dijadikan perantaraan menuju Allah SWT itu bisa memberi manfaat dan madlarat, maka dia telah melakukan perbuatan syirik, karena yang bisa memberi manfaat dan madlarat sesungguhnya hanyalah Allah SWT semata.
Jadi kami tegaskan kembali bahwa sejatinya tawassul adalah berdoa kepada Allah SWT melalui suatu perantara, baik perantara tersebut berupa amal baik kita ataupun melalui orang sholeh yang kita anggap mempunyai posisi lebih dekat kepada Allah SWT. Tawassul hanyalah merupakan pintu dan perantara dalam berdoa untuk menuju Allah SWT. Maka tawassul bukanlah termasuk syirik karena orang yang bertawasul meyakini bahwa hanya Allah-lah yang akan mengabulkan semua doa. Wallahu a’lam bi al-shawab.
H M. Cholil Nafis
Wakil Ketua Lembaga Bahtsul Masail PBNU
Isteri teraniaya boleh fail pembelaan enggan rujuk depan hakim
Soalan:
SAYA bercerai dua bulan lalu. Pada bulan lepas, bekas suami ke rumah memujuk saya menerimanya kembali. Saya enggan berjumpanya dan serik untuk bersama bekas suami yang kaki judi dan kaki perempuan. Sebaik saya keluar rumah, bekas suami berjaya menangkap saya dan melafazkan “aku rujuk dengan kau, kau isteri aku apa-apa yang terjadi aku tidak akan lepaskan kau.”
Untuk pengetahuan tuan, saya menderita sepanjang tempoh perkahwinan kami. Saya disepak terajang dan dimaki hamun setiap kali dia balik rumah sebab kalah judi.
Suami saya juga sudah lama tidak memberikan nafkah zahir dan batin kepada saya, malah segala perbelanjaan rumah dan anak saya tanggung.
Suami membuat permohonan pengesahan rujuk di mahkamah dan kes itu ditetapkan untuk perbicaraan. Apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak ingin kembali kepadanya.
Minah,
Hulu Klang,
Selangor.
Jawapan:
Saya bersimpati dengan apa yang menimpa anda dan berharap anda bersabar. Sememangnya tidak disyaratkan rujuk memerlukan persetujuan isteri, namun fuqaha berpendapat haram dan berdosa bagi suami untuk rujuk dengan isteri ketika edah, semata-mata dengan tujuan niat untuk menganiaya si isteri.
Oleh itu, demi membela nasib anda daripada terus dianiaya dan dizalimi, saya berpendapat anda masih berpeluang membela nasib di depan mahkamah.
Anda perlu menjawab tuntutan suami dengan memfailkan pembelaan menyatakan anda tidak bersetuju rujuk kerana ia bertujuan untuk menganiaya anda dan keretakan rumah tangga disebabkan sikap suami yang kaki judi dan kaki perempuan.
Seksyen 51(9) Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 memperuntukkan jika suami melafazkan rujuk dan tidak dipersetujui isteri atas sebab dibenarkan hukum syarak, mahkamah mempunyai kuasa tidak membenarkan suami hidup semula sebagai suami isteri dan mahkamah juga mempunyai kuasa melantik jawatankuasa pendamai mengikut Seksyen 47 akta yang sama bagi menyiasat dan memastikan sama ada perkahwinan sudah tidak lagi wajar diselamatkan dan mengalami pecah-belah atau sebaliknya.
Pada peringkat prosiding ini, anda tidak boleh diwakili oleh peguam di mahkamah tanpa kebenaran Jawatankuasa Pendamai, namun anda masih boleh melantik peguam untuk memberikan khidmat nasihat prosiding itu.
Jika jawatankuasa pendamai ini mendapati kedua-dua pihak tidak lagi mencapai perdamaian dan tidak dapat hidup semula sebagai suami isteri, maka mahkamah perlu menasihatkan suami untuk melafazkan satu talak di depan hakim.
Saya nasihatkan anda melantik seorang peguam syarie berkelayakan bagi melicinkan perjalanan kes dan mendapatkan pandangan sewajarnya bagi isu itu.
Jawapan disediakan Exco Penerbitan, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Yusmawati Ab.llah
OLE OLE DARI BANDUNG
Sebahagian ole ole dari Bandung sempena Simposium SKIM di UNPAD..antara kitab,buku yang sempat dibeli di Jl.Palasari
1. Mafatih almaghfirah:Mukaffirah wa Dawa’ azzunub, Muhammad Ali Uthman Mujahid.
2. Manhajun nabiyy fi dakwahmin khilalis sirah assahihah, Muhammad al Mahzun.
3. Ad Da’u Wa dawa’, Ibn Qayyim Al Jauzi
4. Fiqh tarbiyyah abna wa tha’ifah min nasa’ih alattibba, Abu Abdullah Musthafa Ibn al adawi.
5. Pengantar sejarah Dakwah, Wahyu Ilahi.
6. Management Dakwah, Wahyu Ilahi, M.Munir.
7. Materi Dakwah Pilihan, H.Ahmad Yani.
8. Khutbah Arba’in, Moch.Yazid Afandi etc.
9. Al Hatstu ‘Alashlamtis sadri, Ali ad-Dihami.
10. Wa’idz bakat Lahu ‘uyun al-alamin, Muhamad Mahir al Buhairi.
11. Nine natural Law for enriching your family life..,Linda & Richard.
12. Personality Plus, Florence Littauer.
13. How to Win Friends and Influence People, Dale Carnegie.
14. Pengantar Statistika. spss 14, Riduwan MBA.
15. Ancaman Negeri Jiran..dari ganyang Malaysia sampai Konflik Ambalat, Syafarudin Usman.
16. Indonesia VS Malaysia, Taufiq Adi Susilo.
InsyaAllah sudah dibaca akan dihurai..
![10843_1307220362881_1301704332_901488_5232893_n[1]](http://aburabiah.files.wordpress.com/2010/01/10843_1307220362881_1301704332_901488_5232893_n1.jpg?w=300&h=192)
![10843_1307220322880_1301704332_901487_4699523_n[1]](http://aburabiah.files.wordpress.com/2010/01/10843_1307220322880_1301704332_901487_4699523_n1.jpg?w=300&h=160)

