18P

Suara

TEORI KALAM DAN KOSMOLOGI MODEN

BEBERAPA ASPEK TEORI KALAM DAN KAITANNYA DENGAN KOSMOLOGI MODEN
Shahidan Radiman
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
1. Latarbelakang
Asas agama Islam ialah tauhid dan pengtauhidan terletak ke atas Dzat, sifat, asma’ (nama) dan af’al
(perbuatan) Allah. Dzat Allah tidak diketahui begitu pula “Tangan” dan “Wajah” Nya yang harus
diterima seperti yang disebut dalam Al_Quran tanpa ditanyakan bagaimana. Sifat , Nama dan perbuatan
Allah terlakar dalam semua ciptaannya samada alam semesta ( alam kabir) mahupun dalam diri
manusia ( alam saghir). Penampakan-penampakan sifat, Nama dan perbuatan Allah s.w.t tertuju bukan
hanya kepada alam yang fizik tetapi juga alam yang ghaib termasuk tujuh petala langit dan bumi , Loh
Mahfuz, Arsy dan Kursy dan lain-lain. Apabila perkara yang ghaib ini cuba dibincangkan secara rasional ,
ahli kalam yang diwakili oleh AsSyaari , Al Baqillani dan al Maturidi termasuk juga Al-Ghazali telah
mempertahankannya akidah Islam dari penodaan fikiran rasional kaum Muktazilah ( diketua al-Jubai )
dan kumpulan ateis (Ibnu Rawandi dll) serta kaum Jabariyah. Maka timbul aliran pertengahan antara
Jabariyah dan Qadariyah yang dipanggil sebagai aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Al Ghazali melalui
kitabnya yang terkenal , Ihya Ulumiddin terutamanya telah dapat menyintesis pemikiran Ahli Sunnah
Wal Jemaah ini dengan tasawuf yang murni dari bid’ah dan meletakkan agama dalam wadah moden
yang membenarkan evolusi pemahaman agama dari sudut tajdid dan fatwa. Pada masa kini kajian
tentang ilmu Kalam yang telah berjaya menyelamatkan akidah ummah satu masa dulu sudah agak
terpinggir dan tidak dipandang relevan sedangkan konsep atomisme dan teori occasionalisme ahli
Kalam begitu relevan dengan fizik moden , khasnya yang melibatkan skala dimensi yang lebih kecil dan
juga bagi memahami kekalutan “masalah interpretasi” Mekanik Kuantum yang digunakan bagi
menjelaskan fenomena alam mikroskopik. Dengan mengembalikan prinsip asas ilmu Kalam , diharapkan
penyakit baru dunia moden seperti scientisme ( dengan contoh terkenal seperti Bucaillisme) dan
dekonstructionisme dengan mudah dapat ditangani. Pembangunan material yang begitu cepat
dikaitkan dengan pembangunan tamadun Barat dengan sistem ekonomi , sosial dan politiknya telah
menggabui dunia Islam tentang apa itu sebenarnya kejayaan , kemewahan dan kebahagiaan.
Sedangkan tamadun Barat yang sedang berkembang secara “ satu mata” itu (semata-mata atas
pembangunan kebendaan) merupakan istidraj dari Allah s.w.t. Oleh itu, dirasakan satu pemerhatian dan
penumpuan baru harus dibangunkan oleh pencinta dan penyelidik Sains Islam kearah pembangunan
Ilmu Kalam baru (berdasarkan yang lama) bagi meletakkan dasar rasional yang tauhidik untuk
meneruskan agenda pengIslaman dalam semua bidang sains khasnya dan ilmu sekular lainnya.
2. Pemahaman Asas Tentang Perbuatan (af’al) , Sifat dan Nama-nama Allah
Dalam lampiran 1, saya senaraikan 180 Nama-nama Allah yang berkait dengan beberapa aspek
Kuwujudan. Pemahaman tentang perbuatan, sifat dan nama-nama Allah itu penting memandangkan
semua perbuatan makhluk sebenarnya adalah perbuatannya juga , begitu pula sifat dan asma’. Kaum
1
Sufi telah lama mengenalpasti keadaan ini – oleh itu sebab-musabab , qada’ dan qadar , apa itu Wajah
Allah , apa itu Tangan Allah dapat mereka fahami dengan cara memfanakan diri dan melihat sesuatu
disebalik semua maujud dan reality dengan pandangan yang benar yang tidak dapat difahami dengan
akal tetapi oleh akal nurani yang dipanggil fuad. Namun , bagi manusia biasa yang tidak melalui jalan
hakikat-makrifat , kaedah Kalam yang memerlukan kekuatan akal dan rasional diperlukan untuk
mencapai keyakinan tentang sebab-musabab , hakikat wujud sesuatu dan lain-lain masalah fizik yang
berada pada tahap batasan seperti Fizik pada skala Planck , masalah Interpretasi mekanik Kuantum dan
teori Kesatuan. Dalam hal af’al, sifat dan Nama-nama Allah s.w.t ini saya mempunyai teori sendiri
bahawa tajalli af’al , sifat dan Nama-nama ini pada makhluk boleh terjadi dalam fungsi gelombang
makhluk secara superposisi sifat :
| × > = t | sifat 1> + t | sifat 2> + …….. + ¶ | sifat n>
sebab kita tahu Nabi Adam a.s diajarkan Nama-nama Allah s.w.t (3000 nama) berikut dengan sifatsifatNya
sekali. Oleh itu , | sifat> dan | asma’> menjadi vector basis dalam ruang Wujud, W yang lebih
itlak dari ruang Hilbert! Cuma pada tahap alam makhluk mungkin sifat itu sukar dicerap atau dikaji
berbanding alam malaikat , alam jabarut dan alam Lahut. Topologi penanaman (embeddedness) alamalam
ini juga tidak diketahui , tapi yang pasti alam semesta yang fizikal ini adalah yang terkecil , simpel
dan fana’ ( akan hancur). Maka , teori Kesatuan Gedang yang memungkinkan proton boleh mengalami
pereputan atau kewujudan mod getaran tenaga pada supertali (tidak ada apa-apa bersifat material)
pada skala kecil semuanya menyokong sifat kefanakan alam ini). Orang Sufi menyatakan bahawa
manusia dan alam semesta hanya “bayang-bayang” Tuhan yang semuanya (iaitu wujud alam semesta)
bergantung dengan Dia Yang Wajibul Wujud. Menurut al Syahrastani ( dalam al Milal wa al Nihal ) al
Shifatiyyah ialah salaf Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mereka menetapkan adanya sifat Tuhan ,
berlawanan dengan pendapat Muktazilah yang menafikannya. Sifat itu sendiri adalah sifat Dzat seperti
Ilmu , Qudrah dan Hayat yang mustahil Allah bersifat sebaliknya . Adapun sifat fi’il seperti al Khalq , al
Rizq, al Karam dan al Jud , boleh saja Allah bersifat sebaliknya.
3. Beberapa Masalah Fizik
a. Masalah Interpretasi Mekanik Kuantum
Terdapat banyak Interpretrasi Mekanik Kuantum, seperti yang disebut dalam Wikipaedia :
The most common interpretations are summarized here (however, the assignment of values in the table
is not without controversy, for the precise meanings of some of the concepts involved are unclear and,
in fact, the subject of the very controversy itself):
No experimental evidence exists that would distinguish between the interpretations listed. To that
extent, the physical theory stands, and is consistent, with itself and with reality; troubles come only
when one attempts to “interpret” it. Nevertheless, there is active research in attempting to come up
with experimental tests which would allow differences between the interpretations to be
experimentally tested.
2
Interpretation Deterministic?
Wavefunction
real?
Unique
history?
Hidden
variables?
Collapsing
wavefunctions?
Observer
role?
Copenhagen
interpretation
(Waveform not
real)
No No Yes No NA NA
Ensemble
interpretation
(Waveform not
real)
No No Yes Agnostic No None
Copenhagen
interpretation
(Waveform real)
Objective
collapse theories
No Yes Yes No Yes None
Consistent
histories
(Decoherent
approach)
Agnostic1 Agnostic1 No No No Interpretational²
Quantum logic Agnostic Agnostic Yes³ No No Interpretational²
Many-worlds
interpretation
(Decoherent
approach)
Yes Yes No No No None
Stochastic
mechanics
No No Yes No No None
Many-minds
interpretation
Yes Yes No No No Interpretational4
Bohm-de Broglie
interpretation
(“Pilot-wave”
approach)
Yes Yes5 Yes6 Yes No None
Transactional No Yes Yes No Yes7 None
3
interpretation
Copenhagen
interpretation
(Waveform real)
PAP
No Yes Yes No Yes Causal
Relational
Quantum
Mechanics
No Yes Agnostic8 No Yes9 None
Incomplete
measurements
No No10 Yes No Yes10 Interpretational²
1 If wavefunction is real then this becomes the many-worlds interpretation. If wavefunction less than
real, but more than just information, then Zurek calls this the “existential interpretation”.
2 Quantum mechanics is regarded as a way of predicting observations, or a theory of measurement..
3 But quantum logic is more limited in applicability than Coherent Histories.
4 Observers separate the universal wavefunction into orthogonal sets of experiences.
5 Both particle AND guiding wavefunction are real.
6 Unique particle history, but multiple wave histories.
7 In the TI the collapse of the state vector is interpreted as the completion of the transaction between
emitter and absorber.
8 Comparing histories between systems in this interpretation has no well-defined meaning.
9 Any physical interaction is treated as a collapse event relative to the systems involved, not just
macroscopic or conscious observers.
10 The nature and collapse of the wavefunction are derived, not axiomatic.
Each interpretation has many variants. It is difficult to get a precise definition of the Copenhagen
interpretation. In the table above, two variants are shown: one that regards the waveform as being a
tool for calculating probabilities only, and the other regards the waveform as an “element of reality”.
Jika dulu ditimbulkan Paradoks Kucing Schrodinger, dimana seekor kucing berada dalam sebuah kotak –
maka fungsi gelombang kucing itu tentunya terdiri dari dua superposisi iaitu |hidup> dan | mati> .
Tetapi apabila dibuka kotak itu ternyata ia hidup, maka fungsi gelombang |mati> runtuh dan
menghilang. Hari ini kita tahu ia runtuh dan menghilang sebab proses dekoheren yang berlaku kepada |
mati> sebab kucing itu objek yang klasik. Tetapi, itu tidak menyelesaikan masalah yang baru difikirkan
dalam dekad ini iaitu masalah hasil definit ((problem of definit outcomes).
Keadaan ini tidak memuaskan sedangkan dari segi teknologi dan penggunaan Mekanik Kuantum sangat
berjaya contohnya dalam teknologi eletromagnetik. Beberapa masalah Interpretasi dikaitkan dengan :
(i) Konsep kebarangkalian
4
(ii) Kelokalan dan pembolehubah terpendam
(iii) Keruntuhan fungsi gelombang ketika dilakukan pengukuran
(iv) Elemen realiti
(v) Konterfaktual
(vi) Lain-lain
Yang peliknya persamaan Schrodinger bagi alam semesta telah dapat diformulasikan dalam bentuk
persamaan Wheeler-de Witt ( melalui satu kaedah pengkuantuman dalam kira hampir minisuper-ruang)
yang dikatakan mewakili evolusi alam semesta tekal dengan beberapa model kosmologi fizikal seperti
alam semesta FRW ( Friedmann-Robertson-Walker) dan lain-lain.
Imam Ghazali pernah menyebutkan (lihat perbincangan bab2 , Nukman Abas) “setiap peristiwa satu
qudrah banyak mumkinat “, juga beliau menyatakan “ alam tidak deterministik sebab tidak ada
keharusan iradah tertentu bersatu waktu dengan murad” – ini bersesuaian dengan Interpretasi
Copenhagen dan Alam Semesta Selari. Dalam masalah pengukuran yang selama ini dibincangkan kita
tidak membezakan sebab musabab perbuatan yang menurut Imam Asyaari mestilah dikategorikan
kepada yang (i) ikhtiyari dan (ii) idthirari . Perbuatan yang ikhtiyari mempunyai (mabda’(prinsip) ,
wasath (sarana) dan kamal (tujuan akhir), sedangkan perbuatan idthirari tidak ada 3 komponen ini. Ini
perlu diselidiki secara mendalam kerana Penrose telah mencadangkan bahawa “kesedaran”
(consciousness) mempengaruhi pengukuran dalam Mekanik Kuantum.
Malah Imam Ghazali ( dalam Ihya’) membezakan tiga perbuatan atau gerakan (berbeza dengan Imam
Assyari yang hanya memberi dua) iaitu pergerakan (i) alami atau tabii , (ii) pergerakan iradi atau dharuri
( sedar tetapi tidak dapat dikawal) dan (iii) pergerakan ikhtiyari (gerakan pilihan manusia). Imam Ghazali
juga menyebutkan “ qudrat Allah hanya satu dan takluk kepada semua maqdurat atau mumkinat yang
tidak terbatas”.
Bagi Imam al Maturidi pula qudrah dari Allah s.w.t boleh dibahagikan kepada jenis kulliyah dan juz-iyyah
yang pada pandangan Imam Assyaari kedua-duanya pun diciptakan Allah sedang bagi al Maturidi
qudrah juz-iyyah diletakkan kepada kehendak manusia semata. Imam Assyaari seterusnya menyatakan
bahawa qudrah manusia tidak efektif dan hanya merupakan “bayangan” sedangkan sebenarnya qudrah
Allah juga yang efektif.
Terdapat juga perbezaan dari segi interpretasi formalisme matematik bagi Mekanik Kuantum seperti
yang diketengahkan oleh Caponigro:
5
Beliau juga melihat tren Realisme kepada Idealisme dalam peranan pemerhati atau pencerap seperti
yang ditunjukkan dirajah bawah:
Seterusnya Caponigro menyimpulkan hubungan proses pengukuran dengan Interpretasi Mekanik
Kuantum seperti berikut:
6
Masalah Interpretasi juga timbul dari penghuraian Mekanik Kuantum yang tidak memuaskan dari segi:
i. Matematiknya – formalism yang dibangunkan Von Neumann jelas kurang memuaskan. Dari segi
peruntukan fungsi taburan sendiri memerlukan ruang Hilbert perlu ditambah ke ruang Hilbert
terjerat ( rigged Hilbert space) . Kalau C-algebra digunakan bagi memahami Mekanik Kuantum
Moden , Mekanik Kuantum dalam formulasi topos memerlukan algebra Heyting .
ii. Kewujudan proses-proses yang tak boleh berbalik dan tak- deteministik
iii. Fenomena keterikatan (entanglement)
iv. Komplimentariti di antara huraian-huraian reality yang berbeza.
Komplikasi Interpretasi Mekanik Kuantum mungkin kerana peranan Pencerap ( manusia) yang
mempunyai iradah , masyi’ah , qudrah dan isthitha’ah. Iradah dan masyi’ah menunjukkan manusia
memiliki kehendak, pilihan dan keputusan, sedangkan qudrah dan isthitha’ah menunjukkan potensi ,
daya dan kemampuan manusia. Pada pandangan saya sebegitu kompleksnya untuk memahami teori
Kasbi Imam As -Syaari – begitu juga kompleksnya masalah Interpretasi Mekanik Kuantum yang manusia
menjadi pencerapnya! Malah dalam kes al -Baqillani beliau mencadangkan bahawa dalam diri manusia
terdapat harakah (propensity)yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Bentuk harakah itu ditentukan oleh
manusia.
b. Fizik pada Skala Planck
Pada skala Planck ( 10-35 m) ruang dan masa menjadi diskrit , dan dari pandangan teori Kalam “busa”
ruang-masa ini merupakan atom yang dicadangkan sedangkan perpisahan antara sebab dan akibat pada
tahap ini menjustifikasikan kesempenaan (occasionalisme) itu. Malah pada skala kecil ini makna “masa”
7
itu menjadi kabur yang menurut Rovelli sebenarnya tidak ada masa lagi. Mir Damad ( lihat Shahidan
Radiman, 2007) malah mencadangkan bahawa Tuhan menciptakan alam semesta secara wujud dahri
(tanpa masa). Terdapat banyak paradoks tentang masa khasnya dalam Termodinamik dan Mekanik
Statistik . Mohamed Haj Yousef telah menulis tentang kosmologi baru berdasarkan idea Ibn Arabi yang
diutarakannya dapat menyelesaikan beberapa masalah fizik moden dalam Ibn Arabi – Time and
Cosmology (Routledge, 2008). Diketahui bahawa simetri CP dicabul dalam interaksi lemah sedangkan C
dan P masing-masing adalah simetri diskrit – berdasarkan teorem CPT , maka T pastinya dicabul –maka
pada skala hamper skala Plancklah teorem CPT harus diuji . Pencabulan T dalam fizik hadron telah
dicadangkan dikaji dalam LHC (Large Hadron Collider) oleh Friedberg dan Lee ( 2008) melalui medan
timeon.
c. Kesatuan Fizik pada semua skala
Menyatukan semua teori interaksi merupakan satu-satunya “Holy Grail of Physics” – atas nama “Grand
Unified Theories” . Dalam Model Lazim fizik moden hanya Interaksi Kuat , Interaksi Elektromagnet dan
Interaksi lemah dapat disatukan melalui kaedah teori medan kuantum sedangkan interaksi graviti masih
tidak dapat dikuantumkan atau disatukan dengan cara ini . Oleh itu, beberapa laluan ( route) telah
dicuba antaranya melalui teori Supertali dan supermembran , Kuantum Graviti Lingkaran dan Teori
Busa-spin . Malah satu kaedah yang radikal telah dicuba oleh Isham dan rakan-rakan yang mencuba
kaedah Topos.
Mohamed El-Naschie telah mencadangkan satu teori baru yang dipanggil sebagai teori E-infiniti yang
menggabungkan idea dari teori Fraktal , Supertali dan supermembran , teori nombor dan hampir semua
bidang fizik untuk mencadangkan satu teori yang “unified” termasuk antaranya Hipotesis Nombor Besar
yang diterokai oleh Dirac sehingga akhir hayatnya. N . Ahmed ( 5) telah menggambarkan keadaan
dimana jisim-jisim membentuk satu rangkaian (network) pada semua skala seperti dalam bentuk
topologi di bawah:
Kita tidak dapat memberikan huraian terhadap teori E-inifiniti ini tetapi P.Weibel, G. ord dan O Rossler
telah mengumpulkan satu Feitschrift untuk Mohamed El Nachie bertajuk “Space Time Physics and
Fractality ( Springer , 2005). Dalam model E-inifiniti (atau Cantorian space-time ) ini “ different forces of
nature are just one unified force that appears differently at different energy scales “ ( Ahmed (2004))- ini
menunjukkan seperti mula-mula dikaji Mulla Sdra ( Sadr al Din Shirazi) tentang taskik al-wujud
(gradation of being) yang asalnya adalah satu (lihat kertas kerja Shahidan Radiman, 2008). Gagasan teori
8
E-infiniti ini pula selaras dengan gagasan “ Wholeness and Implicate Order” David Bohm salah seorang
peneroka teori kuantum , khasnya Bohmian Quantum Mechanics.
d. Masalah Jisim
Ernest Mach (dlm The Science of Mechanics , 1919) pertama kali mencadangkan bahawa jisim zarah
adalah disebabkan interaksi zarah dengan daya graviti seluruh alam semesta. Tomozawa ( 6) telah
memodifikasikan Prinsip Mach ini bagi “jisim bogel “ zarah dengan mengambil kira jisim zarah
mempunyai sumbangan swa-tenaganya. Namun kita tahu melalui Model Lazim Fizik Zarah Asas bahawa
jisim zarah hanya didapatkan melalui interkasi zarah yang asalnya tidak berjisim dengan medan Higgs
atau berinteraksi dengan boson Higgs ( malangnya boson ini yang telah dijuluki God’s particle , masing
belum ditemui dalam banyak ujikaji fizik tenaga tinggi yang terkini melalui ujikaji LHC). Bagi hadron
(meson dan baryon) kita juga tahu ada jisim yang disebabkan oleh “spin-orbit coupling”. Bagaimanakah
sumbangan 3 bahagian tersebut dapat di”satukan” ( satu qudrah?) dalam pemahaman (mechanisme)
bagaimana sesuatau zarah medapatkan (acquire) jisimnya?
Satu perkara yang menarik tentang Prinsip Mach ini ialah untuk melihat paksi sesuatu kerangka inersia
lokal kita harus meggunakan giroskop – baik dalam mekanik Newton atau Kerelatifan Am . Ernest Mach
telah mempostulatkan bahawa paksi putaran giroskop ini mengikuti secara tepat pergerakan purata
jisim-jisim di seluruh alam iaitu berlaku penarikan kerangka (frame dragging) yang disebabkan oleh
jisim seluruh alam semesta bukan setakat kesan Lense-Thirring (yang disebabkan oleh putaran bumi).
Ada satu analogi yang menarik tentang Prinsip Mach ini iaitu seorang darwisi tareqat Mawlawi akan
menari secara berputar untuk mencari paksi ini , dan setelah menemuinya mengikut paksi ini untuk
bersama berputar dengan alam semesta dalam bentuk “berzikir” bersama alam semesta. Laurent
Nottale ( dalam beberapa siri kertas kerja dan dlm satu bukunya) juga telah menyentuh
perkaitan/hubungan di antara Prinsip Mach , Nombor Besar Dirac dan Pemalar Kosmologi yang pada
pandangan saya telah diserap dalam teori E-infiniti tadi.
e. Topologi Alam Semesta
John Baez dan Stay (2003) telah melihat analogi yang kental di antara Fizik, Topologi , Logik , Komputasi
dan Teori kategori (lihat 3 rajah bi bawah) – ini sangat baik untuk memajukan bidang Fizik masuk ke
dalam bidang lain seperti yang sudah berlaku dalam bidang Ekonofizik ( transisi fasa , fraktal dan lain-lain
konsep telah digunakan) , memandangkan prekursor kepada Fizik Topos ialah teori Kategori juga.
9
Dalam satu topik berkaitan yang lain pula , khasnya dalam teori kompleksiti , alam semesta ini dilihat
sebagai mengalami swa-organisasi dan swa-atur , sehinggakan dikatakan alam semesta ini sudah boleh
mengira dan mengkomputasi kedudukannya sendiri ( atestik) , maka analogi kental fizik- topologi alam –
logik dan komputasi swa-organisasi alam itu begitu meyakinkan !
Terdapat banyak idea baru Graviti Kuantum contohnya oleh Arkani-Hamed et al ( ) yang menunjukkan
perlunya topologi alam semesta diketahui untuk benar-benar memahami apa itu sebenarnya
“gelombang graviti” . Pencerapan terhadap COBE ((Cosmic Backround Emission) yang menunjukkan
terdapat reriak anaisotropik menunjukkan satu topologi alam semesta yang berbentuk trompet, atau
topologi Picard ( Levin et al (1998) dan Aurich et al (2004) lihat rajah di bawah)
10
Ini mengingatkan kita kepada bentuk Sengkakala yang akan ditiupkan oleh malaikat Isrofil a.s ketika
Hari Kiamat.
f. Nanoteknologi dan antaramuka benda-mati-sel hidup
Dikatakan bahawa Nanoteknologi (skala 10-9 m) merupakan skala di mana:
i. domain kuantum bertemu dengan domain klasik – skala yang sangat sesuai untuk mengkaji
fenomena dekoherens dalam Mekanik Kuantum.( lihat E. Joos (1999) untuk mendapatkan
pengenalan yang baik)
ii. Fizik, Kimia dan Biologi perlu bertemu untuk memahami Biologi Kuantum yang akan
mencetuskan revolusi pemahaman katalisis kimia menerobos katalisis biokimia , soliton tenaga
dalam ATP dan penyimpanan kod genom (berkait dengan teori nombor seperti sekuens nombor
perdana). Penghasilan biofoton daripada sel hidup merupakan satu “challenge” dalam Biologi
Kuantum ini.
iii. Interaksi benda mati ( ion , nanozarah) dengan benda hidup ( sel, protein dalam buffer , DNA dll)
dapat dikaji – salah satu yang menarik ialah “ion channel”
iv. Peranan hidroksida berlapis (pelbagai jenis tanah liat) yang boleh digunakan untuk menjerap
dan melepaskan dadah dan lain-lain bahan kimia secara berjadual.
v. Termodinamik tak ekstensif berlaku ( contoh yang terkenal ialah termodinamik Tsallis dan
peranan entropinya)
Inisiatif Nanoteknologi dibanyak negara-negara maju telah dilaksanakan dalam cubaan memacu bidang
ini sebagai satu sumber ekonomi dan pembangunan mapan masa depan. Malangnya di kalangan negaranegara
OIC, hanya Iran sahaja yang mempunyai Nanotechnology Initiativesnya dan melaksanakan dasar
penyelidikan Nanoteknologi sejajar dengan negara-negara maju lain.
Kesimpulan
Secara amnya dapat dikatakan sains moden itu sendiri menuju kepada sains tauhid. Kajian sains moden
yang bersifat reductionist menuju kepada kajian skala Planck (supertali dan supermembran) yang
semakin membuktikan tesis ahli Sufi bahawa sebenarnya wujud majazi (wujud pinjaman) semua
ciptaan Allah s.w.t itu sebenarnya hanya dalam bentuk tenaga (getaran) dari qudratNya. Pelbagai bidang
dalam fizik, matematik malah ekonomi, biologi dan kimia mempunyai persamaan dan analogi yang
konsep asas bersifat semesta menggambar ilmu yang berasal dari Yang Maha Mengetahui , Yang Satu
dan Esa. Ahli Sufi dapat melihat (ini pandangan atas-bawah) bahawa alam semesta berikut hukum dan
sifatnya merupakan tajalli dari perbuatan dan sifat serta asma’-asma’ Allah s.w.t , dan bagi aliran
Wihdatul Wujud , zat kewujudan semua benda dan makhluk datang dari Dzat Allah s.w.t juga sehingga
dikatakan alam semesta ini adalah “Dia dan juga bukan Dia” sekaligus. Ahli sains pula melihat alam ini
dari kacamata bawah-atas iaitu dengan mengenal sifat benda dan hukum fizik yang mengekangnya lalu
cuba mengenali Allah yang menciptakan semua ini. Dalam pada itu Mekanik Kuantum masih merupakan
medan penerokaan ilmu yang sedikit sebanyak dapat menemukan antaramukanya dengan metafizik
(Sufisme) dan falsafah. Dalam persoalan antara “bahagian” dan “keseluruhan” akan timbul ciri emergen
seperti yang di sebutkan oleh Bitbol (2002) : Emergent features are essentially relational , whereas basic
properties are monadic. … In quantum physics, the very formal concept of intrinsically possessed
property is threatened , in so far as one cannot go beyond relational phenomena and their correlations.
This fact should not be taken as a marginal feature of the final discussion about quantum emergence. It
11
should not be hidden by a formal shift of the meaning of the word “ property” either…….Every level of
organisation which falls within the domain of study of physics is throroughly relational. And no level can
claim for itself the priviledge of being for sure the ultimate one; ultimate and monadic…..Several
arguments and reflections thus converge towards the conclusions that the world of physical phenomena
is groundless throughout.”
Sebagaimana sukarnya saya masih belajar tentang ilmu Kalam , begitu juga saya masih belajar dan ingin
menerokai paradoks dan perwakilan realiti dalam Mekanik Kuantum.
Wallahua’lam bissawab.
Rujukan

08/05/2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: