18P

Suara

Mohon surat kuasa tadbir, sijil faraid serentak permudah tuntut harta

SAYA ialah anak lelaki sulung daripada lima beradik. Pada Julai lalu, bapa meninggal dan kemudian saya ke pejabat tanah untuk memfailkan permohonan pembahagian harta pusaka. Saya diberitahu supaya memfailkan LA di Mahkamah Tinggi kerana pejabat tanah tidak mempunyai kuasa terhadap aset arwah bapa melebihi RM600,000. Apakah LA? Bagaimanakah proses untuk mendapatkannya? Bilakah pula saya perlu memohon sijil faraid

Halim,
Kuala Trengganu.

Undang-undang yang diguna pakai untuk mentadbir harta pusaka umat Islam ialah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97) bagi harta pusaka RM600,00 ke atas dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) bagi harta kurang RM600,000.

LA ialah singkatan kepada letter of administration atau surat kuasa mentadbir. Permohonan surat ini perlu dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil kerana harta pusaka arwah bapa anda melebihi RM600,000.Menurut Aturan 30 Akta 97, surat kuasa mentadbir diberikan kepada sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu. Permohonan boleh dibuat anda sebagai anak sulung atau bersama ahli waris lain mengikut persetujuan keluarga seperti diperuntukkan mengikut Aturan 41 Akta 97 yang membenarkan sehingga maksimum empat pentadbir.

Jika ada waris mengalami kecacatan otak dan tidak berupaya menguruskan diri, permohonan pelantikan sahabat wakil (guardian ad-litem) perlu dibuat bersama permohonan surat kuasa mentadbir.

Langkah pertama yang perlu diambil ialah mendapatkan sijil kematian asal bapa di Pejabat Pendaftaran Negara, membuat salinan kad pengenalan waris yang masih hidup, salinan dokumen berkaitan dengan harta pusaka si mati seperti geran tanah, perjanjian jual beli, kad pendaftaran kenderaan, penyata akaun dan sebarang penyata hutang si mati.Menurut Aturan 71 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi permohonan surat kuasa harus difailkan bersama dokumen berikut :-

Petisyen untuk surat kuasa mentadbir.
Senarai aset dan liabiliti si mati.
Afidavit pengesahan pempetisyen.
Surat penolakan waris yang tidak menjadi pentadbir.
Sumpah pentadbiran.
Notis pelantikan peguam jika diwakili
Selepas permohonan difailkan, mahkamah menetapkan tarikh pendengaran di hadapan Penolong Kanan Pendaftar dan anda sebagai pemohon perlu hadir pada hari pendengaran itu.

Lebih menjimatkan masa jika permohonan surat kuasa mentadbir dan sijil faraid dibuat serentak, kerana kedua-dua permohonan itu dalam bidang kuasa mahkamah berlainan. Surat kuasa mentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil, manakala sijil faraid di Mahkamah Syariah.

Namun, jika isteri si mati berhasrat menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah, tuntutan perlu diselesaikan dulu sebelum harta pusaka difaraidkan.

Seksyen 35(2) Akta Probet Pentadbiran 1959, memperuntukkan sebelum surat kuasa mentadbir (geran) dikeluarkan, pentadbir dikehendaki mengemukakan dua penjamin yang mempunyai aset melebihi atau menyamai nilai aset si mati dan ia bebas hutang.

Jika tidak, buat pengecualian dengan memfailkan permohonan dalam bentuk saman di kamar bersama afidavit yang menjelaskan alasan kepada mahkamah untuk dikecualikan daripada mengemukakan dua penjamin.

Selepas sijil faraid diperoleh, anda perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka.

Permohonan Pembahagian perlu dibuat dengan memfailkan saman pemula dan afidavit menyokong permohonan itu.

Adalah penting untuk dinyatakan kepada mahkamah cara pembahagian dibuat sama ada persetujuan bersama atau ikut hukum faraid. Selain itu, persetujuan waris lain perlu diperoleh dan persetujuan perlu difailkan dalam bentuk afidavit bersama saman pemula dan afidavit anda tadi.

Jika pembahagian atau penyelesaian secara faraid, sijil faraid mesti diperoleh sebelum membuat permohonan dan dilampirkan dalam permohonan pembahagian.

Selepas permohonan ini difailkan mahkamah menetapkan tarikh pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil dalam kamar.

Jika diwakili peguam, kehadiran anda boleh dikecualikan dan hanya peguam hadir pada masa itu. Anda dinasihatkan merujuk peguam bagi melancarkan proses perjalanan kes berkenaan.

Jawapan disediakan Yusmawati Abdullah, Exco Penerbitan, Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Sila layari http:// http://www.peguamsyarie.org

15/08/2009 - Posted by | Uncategorized

5 Comments »

  1. Mulai tarikh 1/9/09 harta tak alih atau keseluruhan nya..di bawah 2 juta boleh di buat di mana2 pejabat tanah daerah harta berkenaan-yg terbanyak.

    (3.Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009).)

    Comment by smm | 14/12/2009 | Reply

  2. Salam..
    Saya ingin bertanya bagi pihak suami saya. Ayah mertua saya telah meninggal dunia pada tahun 1996 dan suami saya mempunyai 3 org adik beradik lelaki. Semenjak dari ketiadaan ayah, suami adalah satu2nya tempat bergantung bagi adik-adik & ibu mertua saya. Maknanya suami saya telah mengambil alih tugas seorg ayah semenjak beliau berusia 15 tahun sehingga terpaksa berhenti sekolah bagi menyara keluarga. Setelah adik-adik suami dewasa suami ingin membahagikan harta bersama adik-adiknya. Soalan saya :
    1) Berapakah kadar pembahagian harta bagi suami saya?
    2) Adakah kadarnya sama banyak dengan jumlah pembahagian adik-adik suami walaupun suami telah mengambil alih tugas ayahnya membesarkan mereka?

    Sebelum itu, pembahagian harta pusaka sebelah ayah suami juga masih belum secara terang-terangan kerana semasa pembahagian separuh dari harta pusaka peninggalan datuk & nenek sebelah ayah mertua, keluarga suami tidak dipanggil sekali. Untuk pengetahuan pihak tuan, sebelah ayah mertua mempunyai 2 org beradik lelaki dan 2 org beradik perempuan yang mana kedua-dua yg perempuan adalah lebih muda dr ayah mertua dan abangnya. soalan saya:
    1) Adilkah sekiranya pembahagian harta diberikan dengan kadar yg sama rata diantara semua adik beradik arwah ayah mertua kerana semasa hayatnya beliau sahajalah yg menjaga makan minum dan pakai kedua ibu-bapanya.
    2) Berapakah kadar/jumlah yg patut diterima oleh arwah ayah mertua?

    Comment by Noorujiah Lubin | 06/06/2011 | Reply

  3. Salam..

    Ayah saya telah meninggal dunia pada tahun 1999.
    Penama L.A. adalah Ibu dan Kakak saya.
    Keseluruhan harta di bawah RM2 Juta.
    Pembahagian pada Ibu dan 5 orang adik-beradik termasuk saya.

    Sekarang, sumber kewangan kami tidak mengizinkan kerana ingin langsaikan pelbagai hutang-hutang, cukai-cukai pintu dan tanah yang menggunung.
    Jadi, kami ingin menjual sebahagian daripada harta beliau.
    Tetapi, kami tidak mempunyai Sijil Faraid untuk menjualnya.

    Bagaimana nak obtain Sijil Faraid?
    Apakah kos yang perlu ditanggung untuk mendapatkan Sijil Faraid tersebut?
    Apakah proses-proses / langkah-langkah yang perlu dilakukan?

    Melantik peguam akan makan perbelanjaan yang kami tak mampu untuk membayar.
    Penerangan tuan di atas tidak jelas dengan situasi saya.

    Oleh itu, saya memerlukan bantuan khidmat nasihat untuk mendapatkan Sijil Faraid tersebut untuk membayar hutang yang banyak.

    Harap tuan dapat membantu.

    Terima kasih.

    Comment by Muhammad Hafez | 21/03/2012 | Reply

  4. saya ingin bertanya mengenai surat tadbir pusaka. bagaimana kedudukan saya selaku suami untuk menguruskan harta isteri spt,

    1. rumah ada nama beliau, pinjaman kerajaan atas nama saya saja.
    2. kereta atas nama beliau dan masih ada hutang 1 tahun
    3. ASB bentuk sijil dan masih belum habis bayar
    4. KWSP ada penama dan telah diagihkan kepada suami dan 3 anak sebagai penama
    5. Insuran pendidikan untuk anak bongsu
    6. Emas spt rantai dan gelang

    mohon pandangan dan pendapat, terima kasih

    Comment by Mohammad Razi Ahmad Junid | 30/06/2012 | Reply

  5. Bagaimana Saya hendak dapatkan Surat kuasa mentadbir untuk memohon KWSP Kakak Saya yang meningal 5 bulan lepas? Mohon dekat KWSP tapi jawab perlu surat kuasa !

    Info Saya
    1) Ibu bapa Sudah meningal
    2) tidak Ada abang atau adik lagi
    3) Kakak meningal belum kahwin
    4) Saya sahaja waris

    Soalan
    1) process dan document yang diperlukan?
    2)Perlu tak Seorang pengesah ( Ketua masyarakat/temmengung) sebagai Saksi?
    3)jika perlu Saksi tapi tiada Ada apa cara lagi ?

    Tq

    Comment by Kelvin | 09/09/2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: