18P

Suara

CERAMAH ABURABIAH:SOLAT DAN PEMBENTUKAN PERIBADI

Pengertian Solat
Dari kacamata manusia adalah himpunan doa daripada hamba terhadap Allah.Solat juga merupakan himpunan doa untuk kebahagian didunia dan akhirat.

Dari kacamata Malaikat,meminta keampunan-sifat malaikat hanya minta ampun,patuh,menyerah dan beribadat kepada Allah setiap masa.
Dari kacamata Allah adalah rahmat-implikasi solat mendapat keuntungan,kebahagiaan dan kesejahteraan rohani dan jasmani di dunia dan akhirat.

Kepentingan solat.
1.Diturunkan tanpa perantaraan malaikat dalam peristiwa isra’ dan mi’raj.

2.Solat itu adalah tiang agama.

3.Amalan yang pertama dihisab di hari akhirat.

4.Perbezaan seorang muslim dan kafir adalah meninggalkan solat.

5.Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia adalah kufur dengan jelas.

Imam Ahmad:
”Sesiapa yang menjaga solat,nescaya solat itu itu menjadi cahaya,pembela dan penyelamat dihari akhirat. Manakala mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya,pembela dan penyelamat bahkan mereka akan diletakkan bersama sama dengan Qarun,Firaun,Haman dan Ubay bin Khalaf”.
Meninggalkan solat kerana harta akan dihimpun bersama Qarun

Meninggalkan solat kerana pangkat akan dihimpun bersama Firaun

Meninggalkan solat kerana jawatan akan dihimpun bersama Haman

Menonggalkan solat kerana koperat/harta akan dihimpun bersama Ubay bin Khalaf

Kesan Solat dalam Pembentukan Peribadi Muslim

- separuh daripada sifat orang yang bertaqwa
– solat mengawal dari kehinaan dan keburukan
– solat mencegah dari fakhsya dan munkar
– orang mu’min sahaja yang cintakan solat
– solat hanya dilakukan oleh orang yang berakal
– kebersihan -tubuh badan,pakaian dan tempat tinggal
– kesihatan dan kecergasan- dalam semua rukun bermula dengan takbir danberakhir dengan salam
– meningkatkan keimanan kerana dilakukan lima kali sehari
– melatih seseorang menepati masa
– melatih rasa tanggungjawab
– melatih seseorang berdisiplin dan berjaya dalam hidup
– kawalan diri-sentiasa mengingati Allah dalam lima waktu
– melatih seseorang sabar dan ketahanan rohani dan jasmani
– kecemerlangan dalam kehidupan kerana implikasi menunaikan solat

About these ads

14/09/2009 - Posted by | Uncategorized

1 Comment »

  1. Sy nk tnya utk keterangan yg ke-4
    4.Perbezaan seorang muslim dan kafir adalah meninggalkan solat.

    setahu saya seseorang muslim yg meninggalkan solat tidak boleh dikira sebagai kafir lagi sbb walaupun mereka meninggalkan solat, tetapi mereka masih percaya kewujudan Allah swt… Seperti yg kita tahu, percaya kpd Allah merupakan salah satu rukun iman…

    Apabila mereka yg tidak solat tetapi masih percaya kewujudan Allah ,mereka masih mempunyai iman kerana ianya merupakan salah satu drpd rukun iman… TETAPI, iman yg mereka miliki tersangat lemah…

    Setahu saya yg membezakan org islam dan kafir adalah Iman… Islam memiliki iman walaupun tidak solat cuma imannya sgt lemah dan org kafir pula sememangnya xde iman… Kalau yg itu semua org tahu…

    Lagi satu, saya rasa kita tidak berhak nk mengkafirkan mereka yg tidak solat ni…
    “Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg kita semua tidak tahu”…

    Sekian…

    Comment by Ikmal | 20/01/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: