18P

Suara

Kedudukan Hadis Dhaif dalam Syariat Islam

Terdapat tiga pandangan Ulama:

1. Mazhab pertama: Tidak harus beramal dengan hadis dhaif secara mutlak- pendapat Qadhi Abu Bakar Ibn al Arabi dan dihikayatkan daripada Ibn Sayyid al Nas daripada Yahya binMain.

2. Mazhab kedua: Boleh beramal secara mutlak- dihikatyatkan daripada Abu Daud dan Imam Ahmad.

3. Mazhab ketiga: Boleh beramal pada fadhail a’mal, mau’izah dan qasas
Inilah pendapat muktamad daripada imam-imam al-muhaqqiqin, antaranya ialah al-Maimuni daripada Imam Ahmad, al-Baihaqi, daripada Ibn Mahdi, Ibn al Mubarak, Ibn al-Bar dan Imam al-Nawawi.

Syarat syarat beramal dengan hadis Dhaif di sisi Imam-imam al-Muhaqqiqin

1. Hanya boleh digunakan pada fadhail al-a’mal sahaja.

2. Hadis yang digunakan tidak terlalu lemah’

3. Hendaklah ia termasuk dibawah asal yang diamalkan dengannya.

4. Jangan beriktikad ketika beramal dengannya bahawa ia thabit, tetapi secara ihtiat sahaja.

Inilah yang dinyatakan oleh Hafiz Ibn Hajar dan beliau menambah dengan syarat tidak beriktikad ketika beramal thabitnya supaya tidak menisbah kepada Nabi saw.,pendapat ini dinaqalkan oleh al-Sakhawi daripada Ibn ‘Abd al-Salam dan Ibn Daqiq al-’Id. wallahu a’lam

About these ads

10/02/2010 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: