18P

Suara

Amalan2 Awal Muharram

Sempena menyambut Muharram 1432 Hijrah….marilah kita bersama mengerjakan amalan ini, agar Tahun 1432Hijrah lebih cemerlang dari yang sebelumnya. Meningkatkan TAQWA, memperteguhkan IMAN, menjaga AQIDAH.

Semoga segala Ibadah ini medapat perkenan Allah Yg ESA…

AWAL MUHARRAM

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkanlah daku dengan orang-orang yg Sholeh [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Antara Amalan disunatkan pada bulan Muharram:

Berpuasa.

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3 kali.

Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;

Barang siapa yang berpuasa pada hari A’syuura’ yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadnya pahala 10,000 malaikat; dan barang siapa yang puasa pada hari A’syuura’, maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah, dan 10, 000 org mati syahid; dan siapa yg mengusapi kepala anak yatim pada hari A’syuura’, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari A’syuura’, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari A’syuura’ dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!. Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari A’syuura’, dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari A’syuura’; dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari A’syuura’; dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari A’syuura’; dan menenggelamkan Fir’aun pada hari A’syuura’; dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari A’syuura’ dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari A’syuura’; dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari A’syuura’; dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari A’syuura’; dan akan terjadi Qiyamat pada hari A’syuura’

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari A’syuura’ ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari A’syuura’. Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari A’syuura’, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari A’syuura’; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW.; “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”. maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari A’syuura’ (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadhilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadhilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadhilatnya – Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadhilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.

Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. Fadhilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Surah 112; Al-Ikhlas hingga akhir 1,000 kali. Fadhilatnya – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di Akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.”

Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Surah 112; Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadhilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada Neraka.

Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

.Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; “Barangsiapa yang berpuasa pada hari A’syuura’ adalah seperti berpuasa setahun & siapa yang bersedekah pada hari A’syuura’ adalah bagiku bersedekah setahun.” (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, “semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu”.(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya “Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari A’syuura’ & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari A’syuura’ & menyuruh orang lain berpuasa juga”. (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari A’syuura’. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (HR Al Baihaqi )

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa.”

Bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah”

Bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut.”

Bersabda Rasulullah SAW “Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram”

Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?” Sabdanya : – ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram – ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram – Diciptakan lautan pada 10 Muharram – Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram – Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram – Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram – Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram – Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram – Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram – Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram – Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram – Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram – Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram – Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram – Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram – Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram – Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram – Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram – Diciptakan Arasy pada 10 Muharram – Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram – Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram – Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram – ” Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang” (Ar-Ra’d:28)

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan’. Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya. Wallahua’lam.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari A’syuura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

05/12/2010 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: