18P

Suara

Tuesday, April 28
sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker Dun V Sivakumar.
Kerajaan kudeta pimpinan DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi. Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir Mei 2009 (kalau tak silap pada 16 Mei). Jika tidak bersidang, maka secara automatis dewan undangan negeri Perak terbubar.

Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN.

Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai menteri besar adalah antara kes yang tersangat relevan.

Jika perlantikan Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah ? Yang pasti tentu ada kekeliruan dan asas yang boleh dipertikaikan dalam hal ini. Sehingga ini mahkamah peresekutuan menolak permohonan Zambry agar dia diisytiharkan sebagai MB yang sah

Semua ini akan menjadi precedent (ketentuan dan contoh) dalam system perundangan Negara. Ia akan menjadi bahan rujukan dalam kes seumpama ini pada kemudian hari. Gobind yang dihalau keluar dewan rakyat dan kemudian digantung perkhidmatannya sebagai MP juga telah menyaman Speaker Dewan Rakyat. Semuanya “dibenarkan” kini setelah kes Zambry menyaman speaker V Sivakumar dan mahkamah membuat keputusan bahawa Sivakumar salah dalam membuat keputusannya terhadap Zambry.

Maka begitulah juga yang dipertikaikan oleh Gobind. Ertinya speaker kini tidak lagi mempunyai immuniti, malahan sesiapa sahaja rakyat bolehmendakwa sesiapa sahaja yang membuat kenyataan dalam DUN mahupun Dewan Rakyat kerana imuniitinya kini boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah boleh mengatasi keputusan DUN ataupun Dewan Rakyat.

Sesungguhnya semua ini mengundang bahaya .

Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Speaker Sivakumar masih berkuasa dalam DUN. Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.

Nizar dan barisan Adun Pakatan Rakyat tentunya tidak perlu berganjak daripada kerusi yang sudah diduduki sebelum ini, iaitu di sebelah kanan Speaker Dewan. Nizar menduduki kerusi pertama di barisan kerusi sebelah kanan speaker, manakala Zambry dan Adun BN di sebelah kiri speaker.

Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa. Yang pasti bukan arahan speaker .

Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk adun-adun. Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Nizar. Namun Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai. Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.

Saya jangka, speaker sekali lagi mahu tidak mahu akan menjemput Nizar selaku Menteri Besar yang sah untuk menyerahkan watikah titah ucapan itu. Maka keributan akan berlaku kerana Zambry akan menentang keras.

Apakah agenda persidangan ? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan speaker ?

Atau apakah sebaik speaker berucap, maka Zambry akan terus mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar dalam usahanya melucutkan dan mengesahkan bahawa Nizar telah tidak menerima mandate dewan undangan negeri.

Namun sebelum Zambry dapat berbuat demikian, saya jangka Speaker dengan kuasa yang ada padanya terus mengeluarkan perintah keluar dewan pada Zambry dan enam exconya dan selepas itu mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar. Sekali pun Zambry dan enam exco berkenaan tidak keluar dewan, ia tidak menjadi halangan bagi Speaker kerana beliau akan hanya menghitung siapa yang diputuskannya layak mengundi. Hasil undian akan pasti memihak pada Nizar akhirnya.

Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Zambry , Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh speaker.

AYUH RENUNG DAN FIKIR.

29/04/2009 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

Usul lucut jawatan Sivakumar sebagai Speaker
Apr 29, 09 3:29pm
Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

“Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat,” katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker

Beliau yang juga ADUN Sungai Remis dan ahli Parlimen Taiping merasa terkejut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang luar biasa.

Sehubungan itu, Nga mengecam BN kerana menggunakan Abdullah yang telah dipecat oleh Speaker sebelum ini, utnuk mengeluarkan surat tersebut.

Katanya, semua itu menunjukkan bahawa BN telah bertindak sewenang-sewenangnya.

Katanya, menurut peraturan tetap DUN Perak, Speaker (Sivakumar) mempunyak hak untuk menerima atau menolak sebarang usul, termasuk usul untuk memecatnya.

Nga menyamakannya dengan tindakan Speaker DUN Melaka menolak usul tidak percaya yang dibentangkan oleh wakil DAP terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam minggu lalu.

Beliau mendakwa tindakan Zambry itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. masih belum selesai.

29/04/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

UUM diseret ke mahkamah..?

Ruangan Nota Utara kali ini akan mengutarakan isu mengenai sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak di utara tanahair iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM). UUM pernah mendapat jolokan ‘Universiti Umno Malaysia’ sewaktu awal penubuhannya.

Pada era 1980-an, hampir semua Persatuan Mahasiswa Universiti tempatan dikuasai oleh kumpulan Islam. UUM telah menggunakan pendekatan melakukan ‘pencegahan dari awal’ agar kampusnya tidak didominasi oleh pelajar-pelajar dari kumpulan Islam mahupun propembangkang.

Terdapat pelajar yang digantung pengajian kerana didakwa terbabit dengan kegiatan politik pembangkang dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Arau yang dimenangi oleh Ustaz Hashim Jasin.

Kumpulam Islam pernah juga memenangi pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar, namun kemenangan mereka semacam tidak membawa apa-apa makna kerana kebanyakan kegiatan dibekukan. Pihak pentadbir bekerja keras mempastikan elemen ‘anti establishment’ tidak bertapak di kampus.

Dalam isu yang lain, baru-baru ini heboh laporan menggemparkan apabila sebuah syarikat D-Men Resources (M) Sdn Bhd (DRSB) menfailkan tuntutan saman RM5.85 juta terhadap UUM. Saman difailkan pada 5 April 2009 di Mahkamah Tinggi Alor Star melalui firma guaman Tetuan C.V Devan & Co dari Klang.

Apabila sebuah IPTA diseret ke mahkamah dengan saman yang begitu besar, ia bukan suatu perkara kecil. Menara gading adalah simbol kecemerlangan dan kemuliaan. Ia bukan parti politik atau syarikat perniagaan, sehingga begitu mudah ia diseret ke mahkamah. Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena di pihak pentadbiran universiti, membenarkan imej sebuah IPTA tercemar akibat isu mahkamah tersebut?

Saman yang dibuat terhadap UUM itu adalah atas kemungkiran kontrak berkaitan perjanjian yang ditandatangani bagi usahsama dalam menawarkan program Master of Business Administration (MBA).

Pengarah Urusan syarikat Plaintif tersebut, Azahar Abdul Rahman mendedahkan bahawa hasil persetujuan daripada perjanjian yang ditandatangani bersama UUM pada 7 Julai 2003, pihak DRSB telah mengambil alih operasi Kampus UUM Cawangan Sungai Petani dan menanggung kos perbelanjaan menyediakan prasarana Kampus UUM di Kulim Hi Tech Park, Kedah dan operasi Kampus Sungai Petani secara rasminya dipindahkan ke Bangunan Kulim Hi Tech Park pada November 2003. Kampus tersebut telah dirasmikan Menteri Besar Kedah ketika itu, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain.

“Pihak DRSB kemudiannya diminta membayar honorarium kepada pensyarah-pensyarah UUM yang pada asalnya tidak terdapat didalam Perjanjian yang ditandatangani sebelumnya dan pembayaran ini dipersetujui kedua pihak dengan syarat UUM menghantar kursus-kursus baru ke Kampus UUM Kulim bagi menampung kos tambahan pembayaran honorarium tersebut.

“Namun setelah hampir RM350,000.00 honorarium dibayar kepada pensyarah, UUM gagal menunaikan janji mereka malah menolak kursus-kursus yang berpotensi yang dicadangkan oleh pihak DRSB. Keengganan UUM untuk menawarkan kursus baru menyebabkan pihak plaintif terpaksa menanggung kerugian kos operasi Kampus UUM Kulim kerana hanya satu kursus sahaja ditawarkan di kampus tersebut,” terang Azahar.

Selain itu, katanya, selepas beberapa bulan operasi Kampus UUM Kulim bermula pada pertengahan tahun 2003, pihak UUM juga telah melantik sebuah lagi syarikat untuk mengendalikan program MBA yang sama di Pulau Pinang yang jaraknya tidak jauh dari Kampus UUM Kulim dan menjadi pesaing kepada Kampus UUM Kulim.

“Keadaan ini juga turut menyumbang kepada kemerosotan bilangan pelajar. Selain itu UUM menawarkan lima program/kursus melalui syarikat baru tersebut. UUM telah gagal memastikan program ditawarkan tersebut diberikan kepada DRSB secara ekslusif di bahagian Utara Malaysia sepertimana terkandung dalam perjanjian tersebut dan juga tindakan UUM samasekali bertentangan dengan kenyataan sidang akhbar yang diberikan oleh Naib Canselor UUM pada ketika itu, Kol Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohd Basri di suratkhabar The New Straits Times pada 22 Julai 2003 di mana beliau menyatakan program tersebut adalah diberikan kepada DRSB secara eksklusif di Perak, Pulau Pinang dan Kedah,” bongkar Pengarah Urusan DRSB tersebut.

Tambahnya, apabila dikemukakan kepada pihak UUM, pihak pentadbir di Koleh Pengurusan Perniagaan UUM dan Pusat Pembangungn Eksekutif saling menuding jari melepaskan tanggungjawab masing-masing menyebabkan masalah ini berlarutan tanpa sebarang tindakan.

Azahar juga menegaskan bahawa DRSB telah bersetuju untuk membiayai kos untuk menyediakan fasiliti di Kulim secara ekslusif untuk UUM kerana representasi dan keyakinan yang diberikan oleh wakil-wakil UUM bahawa mereka akan memberikan lebih banyak program-program dan kursus-kursus selain daripada MBA sahaja pada masa hadapan.

DRSB telah membelanjakan lebih RM500,000 dalam membiayai segala kos pengubahsuaian bangunan dan oleh kerana UUM enggan memberikan kursus-kursus baru, maka DRSB menuntut pampasan jumlah tersebut.

DRSB juga menuntut ganti rugi sejumlah RM5 juta untuk kos dan perbelanjaan dalam menjalankan kursus MBA sahaja tanpa diberikan kursus-kursus baru dan kegagalan UUM dalam usaha membantu mempromosikan program MBA, serta untuk kehilangan keuntungan kerana UUM memberikan 5 kursus-kursus baru kepada pesaingnya di Pulau Pinang termasuk untuk gantirugi am, teladan dan exemplari serta untuk pecah amanah dan kemungkiran duti berjaga-jaga yang wajib diberikan oleh UUM kepada DRSB di bawah perjanjian tersebut.

Persoalan besar di sini, mengapa pentadbir UUM membiarkan sesuatu masalah besar berlarutan sehingga mereka boleh diseret ke mahkamah. Mengapa lemah sangat pentadbirannya? Tan Sri Muhyiddin Yasin kena jenguk-jenguk UUM dan ‘lakukanlah sesuatu’ agar reputasinya tidak hancur musnah.

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

29/04/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment