18P

Suara

LAPOR MAKSIAT MELALUI SMS

KUALA LUMPUR – Lapor maksiat di hujung jari!

Itu langkah terbaru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mulai semalam yang mewujudkan sistem aduan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Selain itu, sistem tersebut diperluaskan dan penggunaan SMS juga membolehkan orang ramai mendapatkan borang nikah yang akan dihantar terus kepada e-mel pengguna.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera berdasarkan aduan SMS yang dihantar tetapi perlu menyiasatnya terlebih dahulu.

“Tetapi setiap aduan itu perlu disiasat dengan teliti terlebih dahulu sebelum tindakan diambil, kita tidak mahu ada unsur fitnah atau percubaan menganiaya orang,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran Gerbang SMS Kerajaan Malaysia 15888 di Dewan Hadhari Jawi sini semalam.

Sistem SMS yang dibangunkan oleh Dapat Vista Sdn. Bhd., itu sudah boleh digunakan sejak semalam dan orang ramai perlu menghantar SMS dengan menggunakan telefon bimbit ke JAWI MENU dan dihantar ke nombor 15888.

Kos penghantaran pertama akan melibatkan bayaran sebanyak 15 sen dan kos penerimaan pula sebanyak 20 sen dan semua SMS terbabit akan dihantar terus kepada tiga saluran utama bagi membolehkan tindakan pantas diambil iaitu ke e-mel, SMS kepada pegawai dan direkodkan ke dalam laman web Jawi.

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

RE:FATIMAH TAN

Penghakiman Kes Fatimah Tan
Mar 16th, 2009 | By webmaster | Category: Berita, Kes-Kes Mahkamah Syariah
By JULIA ZAPPEI,Associated Press Writer AP –

Monday, March 16KUALA LUMPUR, Malaysia – A Malaysian court ruled Monday that a convert to Islam has the right to return to her original religion, Buddhism, upholding an earlier decision favoring religious minorities in this Muslim-majority country.

The Shariah Appeals Court in northern Penang state upheld the lower court’s verdict, dismissing the appeal by Islamic authorities to forbid Siti Fatimah Tan Abdullah from returning to Buddhism, said Ahmad Munawir Abdul Aziz, lawyer for the state’s Islamic Affairs Council.

“They ruled her conversion to Islam wasn’t valid… Her declaration of faith was there but she didn’t fulfill all the other conditions,” he told The Associated Press. “She didn’t practice.”

Ahmad Munawir said the court “has made it clear that Muslims can’t simply renounce the religion as long as their conversion is done in a proper way and he or she is accepted as a Muslim.”

But Tan, whose first name before she converted was Ean Huang, said she never practiced Islam and converted in 1998 only to marry an Iranian Muslim. In 2006, she filed a request to renounce Islam after her husband left her.

Christians, Buddhists and Hindus have increasingly complained in recent years that they face discrimination, including unfavorable court decisions in conversion cases and temple destruction.

Tan’s case follows another victory for religious minorities earlier this month when an Islamic court ruled in favor of a Christian man who was given an Islamic name at birth. The National Registration Department had refused to allow the man to drop his Islamic name when he applied for a new identity card.

But in many other instances in past years, courts have ruled in favor of Muslims, including refusing to let those who are Muslim-born leave Islam and accepting claims that people converted to Islam before their deaths despite family objections.

Malaysia has a dual court system for civil matters _ Shariah courts for Muslims and secular courts for non-Muslims, which make up more than a third of the country’s 27 million people. In interfaith disputes, the jurisdiction of the courts has often clashed, and Shariah courts usually have the last word.

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

PERINTAH KES NAFKAH,HADANAH TAK BOLEH DIGANTUNG

Peguam Syarie Menulis : Perintah kes nafkah, hadanah tak boleh digantung
Apr 22nd, 2009 | By webmaster | Category: Peguam Menulis
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
http://peguamsyarie.org.com
Perayu mesti patuhi arahan pelaksanaan bagi memastikan hak anak belum mumayyiz terpelihara

MERUJUK peruntukan undang-undang syariah, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap suatu penghakiman mahkamah sama ada keseluruhan atau sebahagian penghakiman itu boleh merayu kepada mahkamah lebih tinggi dengan memasukkan notis rayuan dalam 14 hari dari tarikh penghakiman dikeluarkan.

Ini bermaksud, jika kes itu diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah, pihak tidak berpuas hati boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan jika tidak berpuas hati pada peringkat Mahkamah Tinggi Syariah, boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah di negeri di mana penghakiman dikeluarkan.

Seksyen 139 (3) dan (4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan: “Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada sesuatu keputusan.”

Notis rayuan hendaklah difailkan dalam 14 hari dari tarikh keputusan diumumkan dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan, sebahagian saja atau bahagian yang mana, keputusan itu hendak dirayu.”

Namun begitu, jika pihak yang membuat rayuan berhasrat untuk menggantung pelaksanaan perintah itu, pihak yang merayu boleh membuat permohonan ke mahkamah yang mengeluarkan penghakiman untuk menggantung pelaksanaan penghakiman sementara menanti rayuan diputuskan.

Contohnya, jika bekas suami diperintahkan mahkamah membayar sejumlah wang sebagai bayaran mutaah kepada bekas isterinya dan lelaki itu tidak berpuas hati dengan kadar bayaran diputuskan mahkamah, dia boleh memohon kepada mahkamah untuk menggantung pelaksanaan pembayaran mutaah sehingga mahkamah lebih tinggi memutuskan rayuan berkaitan jumlah yang perlu dibayar.

Memfailkan notis rayuan tanpa membuat permohonan penggantungan pelaksanaan perintah di mahkamah yang mengeluarkan perintah mengikut prosedur ditetapkan tidak akan menggantung pelaksanaan perintah itu.

Dengan hanya memasukkan notis rayuan tanpa membuat permohonan penggantungan ke mahkamah dan diluluskan oleh mahkamah, penggantungan tidak akan berlaku secara automatik.

Hakim berkuasa untuk membenarkan pergantungan permohonan pihak yang merayu atas alasan mencukupi. Seksyen 144 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan: “Pemfailan suatu notis rayuan tidaklah berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila sebab mencukupi ditunjukkan, menggantung pelaksanaan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.”

Namun, bukan semua kes akan dibenarkan penggantungan pelaksanaan oleh mahkamah sementara menanti rayuan diputuskan mahkamah lebih tinggi. Berdasarkan Arahan Amalan no. 1 tahun 2005 yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyatakan: “?telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan mengenai perayu membuat rayuan dengan alasan tidak berpuas hati keputusan mahkamah yang dirayu dalam kes mal, menurut hukum syarak adalah memadai untuk menggantung pelaksanaan perintah sementara menunggu keputusan rayuan dan rujukan hendaklah dibuat kepada mana-mana kes yang sudah diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi kecuali dalam kes nafkah, upah menyusu, tempat tinggal, hadanah dan serah anak yang belum mumayyiz kepada ibu.”

Arahan amalan jelas menyatakan tidak semua kes boleh dibenarkan untuk digantung pelaksanaan sementara menanti kes rayuan diputuskan. Mengikut hukum syarak, kes seperti nafkah, upah menyusu, tempat tinggal, hadanah dan serah anak yang belum mumayyiz kepada ibu tidak dibenarkan untuk digantung pelaksanaannya.

Jika penggantungan dibenarkan, sudah tentu akan memberi kesan kepada pihak suatu lagi dan kepada anak masih kecil, terutama soal berkaitan hadanah atau hak penjagaan anak yang belum mumayyiz.

Bagi kes membabitkan nafkah anak, jika penghakiman sudah dikeluarkan mahkamah memerintahkan bapa membayar sejumlah nafkah anak dan rayuan dibuat ke mahkamah oleh bapa kerana tidak berpuas hati dengan keputusan bersama permohonan penggantungan pelaksanaan perintah.

Jika permohonan penggantungan pelaksanaan bapa tadi sebagai perayu dibenarkan sudah tentu akan menafikan hak anak mendapatkan nafkah daripada bapanya sementara menunggu keputusan rayuan di mahkamah lebih tinggi.

Justeru, panduan yang sudah diberikan melalui Arahan Amalan berkaitan penggantungan pelaksanaan perintah sementara menanti rayuan diputuskan adalah wajar dipatuhi kerana ia selari hukum syarak. Prinsip keadilan dalam Islam akan lebih terpancar jika pihak terbabit mengetahui undang-undang serta mendalami hukum syarak.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.org.com

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

HAK IBUBAPA TAK TERPUTUS JIKA ANAK PELUK ISLAM

Hak ibu bapa tak terputus jika anak peluk Islam
Apr 29th, 2009 | By webmaster | Category: Peguam Menulis
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
Keputusan jemaah menteri belum jadi peraturan, sedia terima pandangan

KEPUTUSAN Kabinet bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agamanya, diterima dengan rasa terkejut dan perasaan cemas 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Keputusan Kabinet itu mengundang pelbagai reaksi termasuk daripada NGO Islam, mufti serta pakar perundangan Islam. Dalam kenyataan bersama serta beberapa pandangan mufti dan badan profesional, menyarankan keputusan itu dikaji semula kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, keputusan Mahkamah Persekutuan serta hukum syarak.

Keputusan Kabinet mengecewakan NGO Islam kerana ia diambil tanpa perbincangan dengan pihak yang mungkin terkesan daripada pengumuman. Sebagai NGO Islam yang terbabit secara langsung dengan masalah berkaitan proses pemelukan Islam oleh penganut agama lain, sewajarnya maklum balas mereka diambil kira.

Hakikatnya, bantahan NGO terhadap keputusan itu bersandarkan kepada alasan merujuk kepada Perlembagaan Malaysia serta Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).

Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: “Agama seseorang di bawah 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya”. Berdasarkan peruntukan itu persetujuan satu pihak memadai dalam penentuan status agama kanak-kanak bawah umur 18 tahun, atau ditetapkan penjaganya jika kanak-kanak itu tidak mempunyai ibu bapa.

Perkataan ‘parent or guardian’ pada perkara 12 (4) bermaksud ibu atau bapa atau penjaga, bukan ibu bapa atau penjaga. Ia bermakna ibu atau bapa sudah cukup untuk menentukan status agama anak.

Peruntukan itu diterjemahkan dalam kes Teoh Eng Huat lawan Kadi Pasir Mas (1990) 2 MLJ 300 dan keputusan Mahkamah Tinggi (1986) 2 MLJ 228. Dalam kes itu, seorang bapa membawa tindakan terhadap kadi yang mengislamkan anak perempuannya yang dilahir dan dibesarkan sebagai penganut Buddha ke mahkamah.

Seseorang belum mencapai 18 tahun tidak ada hak untuk memilih agamanya sendiri tanpa kebenaran ibu atau bapa atau penjaganya. Dalam membuat keputusan, mahkamah merujuk kepada laporan suruhanjaya dan menekankan soal keharmonian agama.

Perlu ditegaskan walaupun Islam ditetapkan agama Persekutuan mengikut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, hak penganut agama lain tetap dijaga mengikut Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Penentuan status agama anak apabila ibu bapa memeluk Islam perlu dilihat kepada aspek hukum syarak dan perundangan Islam. Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan kanak-kanak belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya.

Peruntukan akta itu jelas bahawa ibu atau bapa atau penjaga mempunyai kuasa untuk membenarkan seorang anak bawah umur 18 tahun memeluk Islam tertakluk kepada keizinan bapa atau ibu atau penjaga anak itu.

Kes R Subashini lawan T Saravanan juga menjadi rujukan kepada NGO Islam untuk meminta Kabinet menilai semula keputusan kerana Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi negara memutuskan bapa kanak-kanak itu mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan itu, agama seseorang bawah 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapa atau penjaganya. Justeru, dalam kes ini suami berhak mengislamkan anaknya walaupun ibu tidak bersetuju dengan pengislaman anaknya.

Mengikut hukum syarak jika bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak sudah berumur 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri.

Ibu atau bapa tidak Islam seharusnya tidak bimbang jika pihak satu lagi memeluk Islam dan mengislamkan anak mereka bawah 18 tahun kerana hak mereka terhadap anak itu tidak terputus. Walaupun anak memeluk agama Islam, hubungan dengan ibu atau bapanya tidak akan terputus.

Seseorang yang masuk Islam adalah soal hidayah Allah. Persoalan sama ada seseorang memeluk Islam atas tujuan lain di luar batas kita untuk menentukannya kerana ia membabitkan soal niat atau hati.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bersama NGO Islam lain berharap keputusan dinilai semula dengan maklum balas daripada pihak terbabit secara langsung dalam proses pemelukan Islam penganut agama lain serta pakar seperti mufti dan pengamal undang-undang syariah.

Keputusan jemaah menteri belum lagi menjadi peraturan atau undang-undang, justeru masih ada ruang untuk mengkaji semula apa yang diputuskan demi menjaga kemaslahatan umat Islam dan pada masa sama mengekalkan semangat hormat menghormati antara pelbagai agama di negara ini.

Memetik kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, bahawa kerajaan bersedia mendengar sebarang pandangan masyarakat mengenai keputusan berkenaan bagi kebaikan semua pihak, diharap suara PGSM dan 100 NGO Islam lain mendapat perhatian sewajarnya.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

ROSLIN HASHIM- SUMPAH

Roslin sanggup bersumpah
May 1st, 2009 | By webmaster | Category: Kes-Kes Mahkamah Syariah

Utusan Malaysia 22/04/2009

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES dan SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

——————————————————————————–

PETALING JAYA 21 April – Jaguh badminton negara, Roslin Hashim sanggup bersumpah dengan nama Allah SWT yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Faizah Mohamad sebelum menceraikan isterinya itu pada 11 Februari lalu.

Roslin, 34, dalam keterangannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, justeru terkejut dengan dakwaan Faizah bahawa pernah berlaku persetubuhan antara mereka.

Menurutnya, beliau menceraikan Faizah, 32, tanpa paksaan sesiapa pada pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu kerana tidak ada keserasian.

Ketika ditanya peguam syarie Musa Awang yang mewakili Faizah selaku plaintif, apakah lafaz yang disebut, Roslin berkata: ‘‘Faizah. Saya ceraikan Faizah Haji Mohamad dengan talak satu.’’

Lafaz tersebut disaksikan oleh empat orang iaitu ibu dan bapa Faizah, Datuk Misbun Sidek serta rakannya, Amir Yusof.

Roslin selaku defendan memberikan keterangan di hadapan Hakim Syarie, Jamil Ahmad pada prosiding pengesahan lafaz cerai yang difailkan Faizah pada 20 Februari lalu.

Kata Roslin, beliau berada dalam keadaan sedar serta waras ketika melafazkan talak. Selepas saat itu tambah Roslin, mereka telah tinggal berasingan.

Musa: ‘‘Sebelum kamu melafazkan cerai terhadap plaintif, pernah atau tidak berlaku persetubuhan pada bila-bila masa.’’

Roslin: ‘‘Tidak.’’

Musa: ‘‘Tetapi menurut plaintif ada berlaku persetubuhan.’’

Roslin: ‘‘Saya pun terkejut dengan kenyataan plaintif. Tetapi saya memang tidak pernah bersama dengannya.’’

Musa terus mengasak Roslin dengan soalan sekiranya benar dakwaannya bahawa persetubuhan tidak pernah berlaku sebelum lafaz cerai dibuat, adakah defendan sanggup bersumpah untuk menafikan dakwaan plaintif.

Sejurus Roslin menyuarakan kesanggupan untuk bersumpah, Jamil mengarahkan semua pihak termasuk ahli keluarga terdekat dan juga pihak media meninggalkan bilik perbicaraan kerana isu tersebut menyentuh maruah antara Faizah dan Roslin.

Terdahulunya, Faizah yang mengangkat sumpah sebagai saksi pada pukul 12.05 tengah hari memberitahu, Roslin menceraikannya di rumah ibu bapanya di Taman Puchong Perdana pada pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu setelah bernikah pada 31 Januari lalu.

“Lafaz yang sama didengar oleh tujuh orang iaitu ibu dan bapa serta Misbun, Jailani, Rashid, Rahman dan Amir,” kata Faizah.

Faizah mendakwa, sebelum Roslin melafazkan talak, persetubuhan memang pernah berlaku.

Pada malam kejadian, kata Faizah, defendan telah datang bersama wakil untuk menceraikannya.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 30 Januari dan diraikan dalam dua majlis persandingan penuh gilang-gemilang yang dihadiri rakan taulan di Puchong dan Kota Bharu.

Kisah rumah tangga mereka menggemparkan peminat badminton tanah air apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap Faizah pada 11 Februari lalu iaitu hanya 12 hari selepas bernikah.

Mahkamah menetapkan 12 Mei ini untuk membuat keputusan berhubung lafaz cerai Roslin. Pada tarikh tersebut, mahkamah juga akan membuat keputusan berhubung isu idah bagi menentukan sama ada idah rajirie (yang boleh dirujuk) atau idah tanpa persetubuhan.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini membatalkan permohonan injunksi oleh Roslin untuk menghalang Faizah dan abangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media.

Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid memutuskan demikian setelah dimaklumkan Musa berkenaan status kes pengesahan lafaz cerai pasangan itu yang telah selesai dibicarakan dan sedang menunggu keputusan.

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

QUALITI ASAS KEPIMPINAN ISLAM

Kualiti Asas Pemimpin Islam – Peguam Syarie Menulis
Mar 25th, 2009 | By webmaster | Category: Peguam Menulis
Peguam Syarie Menulis: Pemimpin dipilih perlu junjung ketinggian martabat agama Islam
http://peguamsyarie.org

KOMITMEN kepada Islam menjadi jati diri orang Melayu, tanpa Islam orang Melayu akan punah. – Gambar hiasan

Komitmen jadi penanda aras laksana tanggungjawab

PEMILIHAN kepemimpinan parti melihatkan pelbagai kemelut dan kontroversi tercetus. Namun penulis tidak berhasrat mencampuri urusan pemilihan kerana biarkanlah ahli parti menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Sebagai pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, penulis tidak dapat lari daripada bersemuka dengan ahli parti politik tidak kira daripada parti kerajaan mahupun pembangkang bagi membincangkan dan melontar idea memartabatkan Islam.

Bagaimanapun, dalam pemilihan kepemimpinan ini adalah penting pemimpin yang dipilih itu mempunyai komitmen tinggi kepada Islam yang menjadi jati diri orang Melayu. Tanpa Islam orang Melayu akan punah.
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berusaha menegakkan Islam dalam kepemimpinannya. Usaha yang dilakukan menjadi bukti komitmen seseorang itu terhadap Islam. Tidak perlulah diingatkan kedudukan istimewa Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang bukan saja perlu dipertahankan malah dipertingkatkan lagi supaya menampakkan keindahan Islam sebagai sebuah tata cara kehidupan yang lengkap.

Kebelakangan ini kita melihat perkembangan positif apabila rakyat Malaysia mula mengambil berat dan peka terhadap hak diperuntukkan kepada mereka melalui undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Fenomena ini sangat baik kerana rakyat celik undang-undang adalah aset kepada perkembangan negara di samping tidak mudah diperkotak-katik orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap mereka.

Ruangan kali ini cuba mengupas kedudukan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan bahasa yang tidak akan terjejas walaupun negara dalam keadaan darurat dan tidak aman.

Perkara ini jelas dalam perkara 150 (6a) menegaskan ada enam hak tidak boleh digugat walaupun negara dalam keadaan darurat iaitu hak berkaitan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan bahasa.

Secara tersirat, sudah tentu Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan tinggi undang-undang itu berbanding undang-undang lain. Undang-undang itu menikmati kedudukan lebih tinggi dan tidak boleh diganggu-gugat melalui cara tidak diperuntukkan perlembagaan.

Hal ini termasuk Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak, Undang-Undang Jenayah Syariah, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Tatacara dan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah. Oleh itu tiada sesiapapun boleh mempertikaikan undang-undang disebutkan.

Tidak keterlaluan dikatakan undang-undang Islam adalah lebih tinggi dan mendahului undang-undang lain dari sudut keutamaannya. Natijah daripada kedudukan tinggi ini, sudah sewajarnyalah jika ada pertelingkahan antara undang-undang Islam dan undang-undang lain, maka tafsiran yang memihak undang-undang Islam (yang dari segi kedudukannya lebih tinggi dari undang-undang lain) hendaklah dipakai.

Secara hipotesisnya, jika negara diisytiharkan darurat, semua undang-undang digantung pelaksanaannya, namun undang-undang Islam termasuk Undang-Undang Keluarga Islam masih berkuat kuasa.

Ini bermakna Mahkamah Syariah boleh beroperasi dan orang Islam masih boleh melaksanakan upacara akad nikah menurut Undang-Undang Keluarga Islam. Inilah keistimewaan diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada undang-undang Islam.

Sebenarnya keistimewaan ini bukan hanya diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, kedudukan Islam memang sudah gah di sisi masyarakat dan bukanlah perkara asing bagi penduduk negara ini.

Malah keistimewaan undang-undang Islam tidak pernah berganjak walaupun negara sudah dijajah beberapa penjajah selama ratusan tahun. Jika penjajah pun tidak berani menyentuh ketinggian undang-undang Islam, takkan selepas lebih 50 tahun negara merdeka dan diperintah anak watan, keutuhan undang-undang Islam diperlekehkan.

Seharusnya pendekatan yang diambil meningkatkan lagi kedudukan undang-undang Islam bagi mencakupi segenap lapangan kehidupan umat Islam. Adalah penting bagi rakyat bukan saja mengetahui hak mereka, malah memahami falsafah serta semangat perlembagaan mengikut kerangka dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan bukanlah matlamat tetapi hanya alat bagi kita mencapai keadilan dan kesepakatan antara rakyat. Ia adalah garis panduan bagi memudahkan rakyat memakmurkan negara.

Negara kita bukan bermula tatkala Perlembagaan Persekutuan diwujudkan tetapi kehidupan dan kesepakatan itu sudah ada jauh lebih dulu sebelum perlembagaan wujud.

Perlembagaan Persekutuan hanyalah mengesahkan susun atur yang disepakati antara rakyat negara ini. Ia adalah dokumen berharga dan manifestasi keharmonian rakyat. Perimeter digariskan Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihayati kerana tanpanya negara mungkin goyah.

Berbalik kepada pemilihan Umno ini, penulis menyeru supaya pemimpin yang dipilih meletakkan keutamaan memartabatkan Islam sebagaimana yang dijunjung Perlembagaan Persekutuan. Keutamaan ini sepatutnya menjadi penanda aras kepada setiap pemimpin yang dipilih itu.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.org

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

HIBAH

Hak Muslim 9 April 2009 HIBAH : Kemukakan Masalah ke Mahkamah Syariah
Apr 18th, 2009 | By webmaster | Category: Soal Jawab Hak Muslim
ARWAH ayah menyerahkan sejumlah wang kepada saya sebelum beliau meninggal dunia tanpa pengetahuan adik-beradik lain. Adik-beradik mendapat tahu mengenai perkara itu dan menuntut wang berkenaan dibahagikan sebagai harta pusaka. Saya tidak mahu membahagikan kepada mereka kerana saya yakin wang itu diserahkan kepada saya sebagai hibah. Adakah saya perlu membahagikan wang itu kepada adik-beradik lain. Apa yang perlu saya lakukan.

Yang mempertahankan hak
Alai, Melaka

Sebelum menjawab soalan anda, saya perlu mengetahui sama ada ketika wang diserahkan, arwah bapa ada membuat apa-apa wasiat terhadap wang itu? Jika ada wasiat, maka lain jawapannya. Tetapi jika tiada wasiat, mungkin ia boleh dianggap hibah, dengan syarat rukun dan syarat hibah itu sempurna.

Hibah ialah akad yang dapat memindah milik sesuatu yang dibuat ketika hidup dan dibuat secara sukarela. Hibah menurut istilah syarak ialah suatu akad pemberian milik ain harta kepada seseorang tanpa balasan (’iwad), dilakukan ketika hidup dan secara sukarela.

Hibah mempunyai pengertian hampir sama dengan hadiah dan sedekah. Cuma ketiga-tiganya berbeza dari segi tujuan dan natijahnya. Sedekah ialah pemberian untuk mendapatkan pahala di akhirat.

Hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang. Setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah itu adalah sedekah atau hadiah. Hibah adalah suatu amalan yang disunatkan dalam Islam, terutama kepada kaum keluarga terdekat.

Allah berfirman bermaksud: “Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah an-Nisa’, ayat 4)

Akad hibah tidak akan terbentuk melainkan selepas memenuhi rukun dan syarat hibah, iaitu si pemberi hibah (al-wahib), si penerima hibah (al-mauhub lahu), barang yang dihibahkan (al-mauhub), dan sighah (ijab dan kabul).

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah.

Menurut Mazhab Syafie, syarat berlaku penyerahan dan penerimaan (al-qabd) adalah syarat luzum, yang bermaksud akad hibah tidak akan berkuat kuasa dengan berlaku ijab dan kabul semata-mata, tetapi perlu berlaku al-qabd.

Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Bagi memastikan akad hibah itu sempurna dan menjadi suatu akad yang mengikat pihak, maka al-qabd tertakluk kepada syarat berikut:

· Mendapat kebenaran dan keizinan pemberi hibah secara jelas (sorih).

· Harta yang dihibahkan itu tidak bercampur dengan harta lain.

· Penerima hibah berkeahlian (baligh dan berakal) untuk menerima hibah.

Cara penerimaan barang (al-qabd) adalah berbeza mengikut jenis harta. Bagi harta tak alih (seperti rumah dan tanah), al-qabd boleh berlaku dengan cara mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan kegiatan terhadap harta itu seperti menyerahkan kunci dan sebagainya. Sementara harta alih boleh berlaku al-qabd dengan mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta dengan harta lain.

Dalam kes anda, jika penyerahan wang dibuat oleh ayah secara sukarela tanpa sebarang wasiat, harta itu tidak bercampur dengan harta lain dan ketika wang diserahkan, anda seorang yang berkeahlian, memenuhi rukun dan syarat hibah seperti dinyatakan, maka mungkin boleh dihukumkan wang itu adalah hibah.

Bagaimanapun, untuk lebih meyakinkan, saya nasihatkan perkara itu dibawa ke Mahkamah Syariah, yang mana anda memohon mahkamah mengesahkan pemberian adalah hibah menurut hukum syarak. Sila dapatkan nasihat dan pandangan kedua daripada peguam syarie bertauliah.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang.

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

HUKUM SYARAK JANGAN DI PINGGIRKAN

Keputusan Jemaah Menteri Meminggir Perlembagaan Persekutuan dan Hukum Syarak
Apr 29th, 2009 | By webmaster | Category: Artikel
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

Setiausaha Agong, Peguam Pembela Islam

Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz
bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal
menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang
pasangan itu menukar agama. Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri
dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu
pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka
menukar agama.

Keputusan Jemaah Menteri ini sangatlah dikesali. Manifestasi kekesalan ini
dizahirkan apabila lebih seratus NGO Islam berkumpul menyatakan bantahan
mereka semalam (Jumaat). Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga
melalui Timbalan Presidennya Musa Awang telah mengeluarkan kenyataan
membantah keputusan tersebut. PGSM adalah NGO pertama yang menyuarakan
kekesalan mereka.

Bagi memahami implikasi keputusan jemaah menteri ini beberapa perkara perlu
diperincikan terlebih dahulu terutamanya kedudukan perlembagaan,
undang-undang dan hukum syarak. Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang
terkesan daripada keputusan ini iaitu berkaitan dengan pembubaran
perkahwinan, agama anak dan pemeliharaan anak.

*Pembubaran Perkahwinan*

Di dalam perkahwinan sivil yang didaftarkan melalui Akta Membaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pembubaran perkahwinan hanya
boleh berlaku jika perkahwinan itu telah pecahbelah dan tidak dapat
diselamatkan lagi. Perkara ini termaktub di dalam seksyen 52 Akta tersebut.
Seksyen 51 Akta yang sama pula menjelaskan jika salah seorang pasangan itu
memeluk Islam pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh memfailkan
petisyen pembubaran perkahwinan menurut seksyen berkenaan selepas tiga bulan
pasangannya memeluk Islam. Ini bermakna petisyen perceraian atas alasan
pemelukan agama Islam hanya boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk
agama Islam sahaja. Selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut
perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap
dianggap sah di bawah akta tersebut.

Jelaslah di sini ketidakadilan yang amat sangat berlaku kepada pasangan yang
memeluk Islam itu memandangkan beliau langsung tidak mempunyai *locus standi
* untuk memfailkan petisyen perceraian berdasarkan seksyen tersebut.

Namun mahkamah syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai 2 Butiran I
Perlembagaan Persekutuan, boleh membuat penentuan sesuatu perkara mengenai
hukum dan doktrin syarak. Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menepati semangat Perlembagaan
Persekutuan ini dengan memberi kuasa kepada mahkamah syariah membuat
penentuan mengikut hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut.

Seksyen 46(2) tersebut memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu
perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak
boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan
dan sehingga disahkan oleh Mahkamah. (Mahkamah di sini bermaksud mahkamah
syariah).

Seolah-olah terdapat polemik di sini di mana kedua-dua mahkamah mempunyai
bidangkuasa. Oleh yang demikian terdapatlah cadangan seksyen di atas
ditiadakan bagi menyeleasikan kemelut ini. Tetapi sebenarnya bukan hanya
seksyen tersebut sahaja perlu dipinda malah seksyen yang sama di
negeri-negeri lain juga perlu dipinda dan mendapat pekenan Raja-Raja Melayu.
Ia mungkin jalan yang tidak mudah digapai.

Sebenarnya tatkala seseorang itu telah memeluk Islam sudah pasti
Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada mualaf itu mengamalkan
agamanya termasuklah undang-undang diri seperti munakahat. Mengheret mualaf
ini ke mahkamah sivil merupakan pelanggaran hak kebebasan beragama bagi
mualaf ini. Seorang yang sudah mendapat hidaya daripada Allah sudah tentu
tidak mahu balik ke zaman jahiliyahnya kembali. Inilah hak yang perlu
dipertahan oleh kerajaan dan bukan merobek hak ini atas alasan yang picisan
yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

Membawa orang bukan Islam ke mahkamah syariah pula bukanlah suatu perkara
yang mudah kerana kebiasaannya orang bukan Islam enggan hadir ke mahkamah
syariah atas alasan tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam. Namun
sebenarnya apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah hanyalah membuat
perisytiharan di sisi hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut
sahaja. Amatlah tidak wajar mualaf ini dinafikan hak ini. Hakikatnya ialah
sebahagian orang bukan Islam tidak mengiktiraf langsung keujudan mahkamah
syariah ini. Mereka tidak mahu membantu mahkamah syariah memberi keputusan
yang adil. Mereka sanggup memberi keterangan di medan media tetapi tidak di
mahkamah syariah. Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari system perundangan
negara yang sah. Tidak ada seorangpun boleh memperlekehkan mahkamah syariah.

*Agama Anak*

Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh
dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam
apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya
sendiri. Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas,
agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah
ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi
negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes *Subahsini mlwn Saravanan* di
mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua)
ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Peruntukan Perkara 12(4) dan juga tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah
Persekutuan tersebut sebenarnya selaras dengan Hukum Syarak. Sebenarnya
telah disepakati di kalangan ulama’ bahawa apabila salah seorang ibubapa
bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur mereka itu disifatkan sebagai
Islam. Ini adalah kerana anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, dan fitrah
di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan kepada *al maqasid al syariah*.
Terdapat lima al maqasid al syariah (objektif syariah) iaitu menjaga agama (
*hifz al din*), nyawa (*hifz al nafs),* keturunan (*hifz an nasab*),
akal (*hifz
al aql*) dan harta (*hifz al mal*).

Bagi mencapai maqasid ini umat Islam dipertanggungjawabkan memelihara
kelima-lima perkara ini termasuklah menjaga agama dan keturunan. Oleh yang
demikian agama anak itu hendaklah mengikut mana-mana ibubapa yang Islam.
Umat Islam tidak dapat menerima sekiranya *al maqasid al syariah* ini tidak
dapat dicapai.

Alasan Nazri agar mengikut ‘*common sense’* adalah telalu dangkal. Dalam
undang-undang kita tidak boleh menggunakan *‘common sense’*. Ada asas dan
falsafah yang perlu ditafsirkan dan dihayati. Sebagai perbandingannya jika
kita menggunakan common sense tersebut, adalah kita boleh dianggap tidak
melakukan kesalahan trafik apabila melanggar lampu isyarat merah tatkala
tiada kenderaan yang melintasi di hadapan kita? Secara common sense nya
sudah tentu kita tak bersalah tetapi undang-undang mempunyai falsafahnya
tersendiri bagi mengawal kemaslahatan sejagat. Apatah lagi ‘*common
sense’*beliau itu melanggar hukum syarak pula.

Keputusan jemaah menteri tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan
tafsiran yang dibuat dalam kes *Subahsini.* Jemaah menteri juga sebagai
badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (samada sivil
ataupun syariah) apatah lagi menganggu keputusan mahkamah dengan
mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah. Seharusnya
segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani
permaslahan ini dan bukan melalui campurtangan eksekutif yang secara
langsung merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan tersebut.

*Pemeliharaan Anak*

Mengenai pemeliharaan anak pula. Sudah menjadi amalan di mahkamah syariah
dan mahkamah sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Di
dalam memutuskan hak jagaan anak sudah tentulah faktor mengenai kebajikan
anak ini di titikberatkan. Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan
aqidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut. Perkara sebegini boleh
diputuskan oleh Mahkamah. Hak memelihara anak ini biasanya diputuskan
setelah mengambil kira keperluan dan kebajikan anak.

Namun apa yang berlaku ialah masyarakat bukan Islam atas sebab-sebab
tertentu terlalu takutkan mahkamah syariah dan menganggap mahkamah syariah
hanya mempertahankan hak orang Islam sahaja. Sudah dibuktikan di dalam
beberapa kes di mahkamah syariah, keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim
Syarie tidak memihak kepada orang Islam tetapi memihak kepada keadilan.

Berbalik kepada keputusan jemaah menteri di atas, amat jelas keputusan
tersebut gagal mempertahankan kelebihan agama Islam sebagai agama
Persekutuan. Keputusan tersebut menyamatarafkan Islam dengan agama-agama
lain dan perkara ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam arusperdana.

NGO-NGO Islam juga mempersoalkan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat itu
langsung tidak mengambilkira pandangan NGO-NGO Islam. Dalam masa yang sama
pula pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan
NGO bukan Islam mengenai kes yang tersebut di atas. Tiada usaha untuk
mendapatkan pandangan NGO Islam dilakukan bagi mendapat pandangan mereka
sebelum keputusan dibuat.

Malah ada beberapa NGO Islam cuba untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan
tetapi tidak dapat direalisasikan. Seharusnya pihak kerajaan lebih peka
dengan sensitiviti umat Islam khususnya masyarakat saudara baru. Suara
mereka harus didengar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan yang
membabitkan mereka dibuat. Hak mereka untuk didengar (*audi alteram
partem)*oleh pimpinan kerajaan sudah tiada lagi. Di manakah
*audi alteram partem* itu?

Pihak Kerajaan perlu lebih berhati-hati di masa akan datang dalam membuat
keputusan berkaitan Islam. Jangan mendahului para ilmuan Islam dan ulama.
Pandangan NGO Islam juga mestilah diambilkira. NGO-NGO Islam telah
menzahirkan kegusaran mereka berhubung dengan keputusan jemaah menteri
tersebut, sudah sewajarnyalah keputusan tersebut ditarik balik.

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

HAK ISTERI YANG DICERAI TALAK TIGA

Hak Muslim 30 April 2009: Isteri dicerai talak tiga berhak tuntut nafkah tempat tinggal
Apr 30th, 2009 | By webmaster | Category: Soal Jawab Hak Muslim
<!–[endif]–>

Soalan:
MERUJUK penulisan mengenai perceraian talak tiga pada ruangan ini minggu lalu, saya ingin bertanya mengenai hak isteri yang diceraikan dengan talak tiga. Sebagai isteri yang diceraikan talak tiga, bolehkah saya menuntut nafkah edah.

Bekas isteri,
Hulu Selangor

Jawapan:
Isteri yang diceraikan, walaupun dengan talak tiga masih berhak mendapat nafkah edah, tetapi nafkah tempat tinggal saja. Tempat tinggal adalah menjadi hak kepada semua wanita yang bercerai tidak kira cerai mati, talak rajie, talak bain atau fasakh. Kecuali jika isteri disabitkan sebagai isteri nusyuz dan isteri masih kecil atau isteri tidak disetubuhi.

Firman Allah bermaksud: “Tempatkanlah isteri (yang menjalani edahnya) di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu.” (Surah at-Talaq, ayat 6)

Tujuan edah tempat tinggal adalah untuk meringankan beban ditanggung bekas isteri akibat perceraian. Dengan kata lain, apabila berlaku perceraian, bekas isteri mempunyai kediaman buat sementara waktu sebelum berpindah ke tempat lain.

Pada waktu sama, bekas isteri dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi kehidupan baru tanpa bantuan bekas suami. Edah tempat tinggal juga bertujuan anak hasil perkahwinan mempunyai tempat tinggal sesuai, meskipun ibu bapa mereka sudah berpisah.

Isteri berhak tinggal di rumah didiami ketika berlaku perceraian walaupun rumah itu hak suami. Jika suami tidak mempunyai rumah, isteri boleh memohon suami menyewakan rumah sesuai supaya isteri boleh mendiaminya semasa dalam tempoh edah.

Dalam keadaan suami yang tidak mempunyai rumah sesuai untuk ditempatkan bekas isteri yang dalam edah dan isteri meminta dihantar ke rumah ibu bapanya lalu suami bersetuju, maka bapa atau ibu kepada isteri berhak mengenakan sewa rumah ke atas suami selagi isteri belum habis edahnya.

Seksyen 72 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan:

l Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

l Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam seksyen kecil (1) akan terhenti jika tempoh edah sudah tamat atau jika tempoh penjagaan anak sudah tamat atau jika perempuan itu berkahwin semula atau jika perempuan itu melakukan perbuatan keji yang nyata dan sesudah itu suami boleh memohon mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

Seksyen itu menjelaskan suami masih bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal sesuai untuk isterinya dalam tempoh edah. Hak tempat tinggal akan terhenti apabila isteri memenuhi salah satu daripada kriteria di atas. Selepas itu, suami boleh menuntut kembali rumah itu.

Hak tempat tinggal dalam edah ini perlu dituntut bekas isteri dalam tempoh seberapa segera yang mungkin, selepas berlaku perceraian. Jika isteri tidak berbuat demikian, hak itu akan gugur dan tidak menjadi hutang kepada bekas suami.

Merujuk kitab Kifayatul Akhyar, disebut yang maksudnya: “Berlalu sebahagian masa daripada edah atau keseluruhannya dan isteri yang diceraikan tidak menuntut hak tempat tinggal, maka gugurlah hak itu dan tidak menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya, seperti dinaskan as-Syafie.”

Di sinilah letaknya keindahan dan kesyumulan Islam. Apa pun keadaan berlaku kepada puan, janganlah sesekali salahkan Islam. Islam itu baik, cuma penganutnya saja yang tidak memahami serta melaksanakan Islam seperti sepatutnya.

Jika suami tidak menyediakan tempat tinggal puan semasa tempoh edah, saya nasihatkan puan bersegeralah ke Mahkamah Rendah Syariah tempat puan bermastautin, failkan tuntutan nafkah edah dengan jumlah kiraan yang wajar untuk peruntukan tempat tinggal.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang. Sila layari http://www.peguamsyarie.org

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

KEBEBASAN MEDIA

A Samad Said: Malangnya rakyat bila akhbar disekat
Irwan Muhammad Zain
Mon | May 04, 09 | 4:11:24 pm MYT
SABAN tahun Hari Kebebasan Media pada 3 Mei dirayakan oleh pengamal media di seluruh dunia. Di Malaysia tidak terkecuali. Ia juga disambut tidak kira dari media konvesional atau media baru. Iklan

Namun persoalan yang timbul, apakah cukup hanya dengan merayakan Hari Kebebasan Media sedangkan hakikatnya banyak sekatan dikenakan terhadap syarikat penerbitan dan juga para wartawan.

Bagi Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said segala sekatan yang dikenakan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang mewajibkan keperluan mendapatkan permit penerbitan Kementerian Dalam Negeri, yang kemudiannya menyekat segala bentuk informasi daripada disampaikan secara jujur dan telus.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad berkata pelbagai akta di negara ini bukan hanya menyekat wartawan atau penulis untuk melaporkan perkara sebenarnya tetapi turut menghalang rakyat dari mendapat informasi yang tepat.

Media di negara ini, tambahnya, tidak diberi ruang atau kebebasan yang munasabah hingga menyebabkan bantahan berterusan dilakukan oleh pihak-pihak yang terkesan akibat segala macam akta yang mengongkong itu.

Beliau bersetuju dengan desakan supaya dihapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, khususnya memansuhkan keperluan memohon permit penerbitan.

“Adanya akta dan permit ini menyebabkan media oposisi sering digertak, malah ada yang dikenakan tindakan gantung,” tegas beliau.

Segala tindakan berat sebelah yang dikenakan terhadap media pembangkang dan lain-lain media yang tidak condong kepada pemerintah dianggap Pak Samas sebagai aksi ketinggalan zaman.

“Tidak seharusnya juga media oposisi dihadkan jualan hanya kepada ahli sahaja.

“Seluruh rakyat berhak untuk mendapatkan maklumat dari media oposisi dan juga media arus perdana.

“Jadi tidak adil jika media oposisi dihadkan jualan kepada ahli sahaja kerana media milik kerajaan dibenarkan untuk dijual kepada seluruh rakyat,” tegas Sasterawan Negara itu lagi.

Akta tidak membebankan

Berbeza dengan bekas Ketua Pengarang Kumpulan (NSTP), Dato’ A Kadir Jasin yang berpendapat segala akta yang dikenakan itu tidak membebankan.

Beliau berpendapat pelbagai akta tersebut hanya membebankan bagi mereka yang baru menceburi dalam dunia media.

“Bagi orang seperti saya yang sudah lama dalam bidang ini, akta itu semua tidak menyekat atau membebankan,” ujar beliau.

Namun Kadir tidak menolak kadang kala masalah kawalan yang dikenakan menimbulkan sedikit kegusaran tetapi bukan dari aspek perundangan sebaliknya dari aspek perlaksanaan kerana pegawai yang ditugaskan sering bertukar ganti.

Beliau juga tidak akan membantah jika ada desakan agar akta-akta yang ada itu dihapuskan kerana ia merupakan hak dan kebebasan pihak yang memperjuangkannya.

Mengenai lanjut, Kadir menegaskan erti kebebasan media di negara ini amat luas.

Bagi beliau, yang sering takut cuma wartawan atau pengarang yang gagal mengemukakan hujah dengan baik dalam laporan atau tulisan mereka.

“Yang penting,” kata Kadir, “bukan sekatan akta tetapi bagaimana seorang wartawan atau penulis itu berhujah melalui tulisan dan jika hujah itu mempunyai fakta yang lengkap, tiada tindakan yang boleh dikenakan.”

Wartawan, tegas beliau, mempunyai etika tersendiri yang harus dipatuhi dan ini bermakna mereka juga tidak bebas untuk menulis sesuka hati tanpa berpegang kepada etika tersebut.

Saringan dalaman

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman bersetuju bahawa wartawan perlu menampilkan kualiti kerja yang cemerlang dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu laporan pemberitaan yang terbaik.

“Tapi halangan yang menekan, macam kami di Harakah selalu terima, elok dibuang sahaja, lagipun ia sudah ketinggalan zaman,” ujar Lutfi merujuk kes Harakah yang sering dirampas KDN dan dianggap sentiasa melakukan kesilapan hanya kerana menjualnya kepada khalayak bukan ahli PAS.

“Selain akta dan peraturan tidak munasabah KDN itu, saringan dalaman terutama di syarikat penerbitan besar juga menyebabkan dunia kewartawanan kita tandus dengan karya atau laporan yang bermutu dan mendalam,” ujar Lutfi lagi.

“Tanpa kebebasan sukar sekali kita mencari bakat-bakat baru wartawan yang berketrampilan. Sekatan permit menyebabkan tiada siapa yang mahu melabur untuk industri yang banyak mengundang risiko ini.

“Saya sendiri pernah mengusahakan Penerbitan Pemuda, menerbitkan dua majalah bulanan, mempunyai ramai kakitangan, tapi akhirnya KDN haramkan begitu saja.

Saya dapat rasakan peritnya ketika itu, menanggung hutang apabila tak dapat membuat kutipan selepas majalah diharamkan. Akhbar saya yang mendedahkan menteri rasuah dirampas di kilang percetakan, tanpa sempat masuk pasaran,” kata Lutfi. _

04/05/2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment