18P

Suara

Khutbah Aburabiah:Merdeka oleh Rasulullah SAW,Masjid Telekom

Tuntutan surah Al-Hujurat ayat 13 :

1) Melarang perbudakkan atau perhambaan

a. Nabi Muhammad SAW adalah Bapa Kemerdekaan kerana telah menggariskan beberapa perkara :

– Membebaskan / memerdekakan individu / peribadi dari tekanan dari yang lain

– Telah memerdekakan bangsa dari ikatan dan tekanan bangsa yang lain

– Telah membebaskan kepatuhan manusia daripada patuh kepada manusia yang lain dari Allah SWT

– Memerdekakan Mekah daripada penjajahan kuffar Quraish

– Memerdekakan Madinah daripada yahudi

– Memerdekakan umat manusia dari bertuhankan manusia, nafsu, kehidupan jahiliah kepada akidah Islam

– Memerdekakan syariat atau peraturan hidup manusia dari peraturan manusia jahiliah kepada syariat Islam

– Memerdekakan akhlak jahiliah yang di amalkan kepada akhlak Islam. Contohnya Islam telah meletakkan taraf wanita di tempat yang sepatutnya
serta persamaan taraf manusia di sisi Allah SWT

2) Kesan kemerdekaan oleh Rasulullah SAW

a. MengEsakan Allah SWT dan mempercayai Hari Akhirat

b. Bebas daripada cengkaman kuasa tamak haloba manusia – yakni kuasa Quraish

c. Bebas daripada fahaman syirik kepada Allah SWT

d. Bebas daripada sistem ekonomi riba kepada sistem ekonomi Islam

e. Bebas daripada sistem sosial jahiliah kepada sistem sosial Islam. Contohnya persamaan taraf dikalangan manusia

f. Memperkenalkan sistem akhlak Islam yang mencakup tiga hubungan iaitu hubungan dengan Allah SWT, hubungan dengan manusia serta hubungan dengan alam.

g. Al-Quran telah mennyeru kepada manusia menjadi merdeka . Contohnya Nabi Ibrahim berhadapan dengan Namrud, Nabi Musa berhadapan dengan Firaun dan
Nabi Muhammad SAW yang berhadapan dengan kaum Quraish

06/09/2009 Posted by | Uncategorized | 4 Comments