18P

Suara

Khutbah Aburabiah:Merdeka oleh Rasulullah SAW,Masjid Telekom

Tuntutan surah Al-Hujurat ayat 13 :

1) Melarang perbudakkan atau perhambaan

a. Nabi Muhammad SAW adalah Bapa Kemerdekaan kerana telah menggariskan beberapa perkara :

– Membebaskan / memerdekakan individu / peribadi dari tekanan dari yang lain

– Telah memerdekakan bangsa dari ikatan dan tekanan bangsa yang lain

– Telah membebaskan kepatuhan manusia daripada patuh kepada manusia yang lain dari Allah SWT

– Memerdekakan Mekah daripada penjajahan kuffar Quraish

– Memerdekakan Madinah daripada yahudi

– Memerdekakan umat manusia dari bertuhankan manusia, nafsu, kehidupan jahiliah kepada akidah Islam

– Memerdekakan syariat atau peraturan hidup manusia dari peraturan manusia jahiliah kepada syariat Islam

– Memerdekakan akhlak jahiliah yang di amalkan kepada akhlak Islam. Contohnya Islam telah meletakkan taraf wanita di tempat yang sepatutnya
serta persamaan taraf manusia di sisi Allah SWT

2) Kesan kemerdekaan oleh Rasulullah SAW

a. MengEsakan Allah SWT dan mempercayai Hari Akhirat

b. Bebas daripada cengkaman kuasa tamak haloba manusia – yakni kuasa Quraish

c. Bebas daripada fahaman syirik kepada Allah SWT

d. Bebas daripada sistem ekonomi riba kepada sistem ekonomi Islam

e. Bebas daripada sistem sosial jahiliah kepada sistem sosial Islam. Contohnya persamaan taraf dikalangan manusia

f. Memperkenalkan sistem akhlak Islam yang mencakup tiga hubungan iaitu hubungan dengan Allah SWT, hubungan dengan manusia serta hubungan dengan alam.

g. Al-Quran telah mennyeru kepada manusia menjadi merdeka . Contohnya Nabi Ibrahim berhadapan dengan Namrud, Nabi Musa berhadapan dengan Firaun dan
Nabi Muhammad SAW yang berhadapan dengan kaum Quraish

06/09/2009 - Posted by | Uncategorized

4 Comments »

  1. Salam,

    Sheikh, ana amat tertarik dengan intisari kutbah anta di Masjid Telekom tu. Rasanya jarang sekali isi seperti itu disentuh dalam mana-mana kutbah. Tahniah kerana blog anta kelihatan kemas dan cantik.Jom kita berkongsi ilmu dan maklumat dengan sesiapa ja. Sementara kita belum terbit buku, kita terbitkan dulu artikel atau pandangan-pandangan kita di sini. Amacam Sheikh?

    Tahniah.
    TQ

    Comment by Ahadin Arinen | 07/09/2009 | Reply

    • InsyaAllah melalui interaksi blog kita cuba berinteraksi melalui penulisan dengan alam maya,syukran sheikh kita akan sentiasa berkongsi

      Comment by aburabiah | 07/09/2009 | Reply

  2. Assalamualaikum Ustaz…

    ..Tahniah, khutbah yg bagus..teruskan menulis ustaz..

    Comment by Salman | 09/09/2009 | Reply

  3. InsyaAllah kita sama sama berkongsi ilmu di alam maya dengan kepakaran masing2,syukran

    Comment by aburabiah | 09/09/2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: