18P

Suara

Bebas tuduhan rogol pelatih wanita PLKN – Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 2005 diketepikan

KUALA TERENGGANU – Selepas empat tahun meringkuk di penjara, Koperal Zuki Mohd., 34, semalam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan merogol seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 28 Februari 2004.

Keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi itu mengetepikan keputusan hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Disember 2005 yang memutuskan Zuki bersalah dan dihukum penjara selama 12 tahun dengan tiga sebatan.

Hakim V. T. Singham ketika membaca keputusan penghakiman kes rayuan itu berkata, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh dan wujud kekhilafan dalam penghakiman kes itu sebelum ini.

Antara perkara dibangkitkan Singham adalah kenapa mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun enggan membuat laporan polis lebih awal sedangkan dia berpeluang berbuat demikian.

“Sekiranya dia telah dirogol seperti didakwa, itu adalah satu kesalahan serius dan berat,” katanya ketika membaca keputusan penghakiman selama sejam itu semalam.

Menurut beliau, pengadu juga pernah mendapatkan rawatan doktor di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan pada 2 Mac 2004 tetapi hanya mengadu sakit dada, demam dan batuk tetapi tidak menceritakan kejadian tersebut sedangkan dia mempunyai peluang ketika itu.

Katanya, kredibiliti pengadu boleh diragui apabila dia membuang seluar dalam yang didakwa dipakai pada hari kejadian rogol dan keterangan dia dipaksa melakukan hubungan seks dalam kereta Perodua Kancil adalah tidak konsisten.

28/10/2009 - Posted by | Uncategorized

2 Comments »

  1. Salam,

    Satu sudut yang membezakan undang-undang ciptaan Allah dengan undang-undang ciptaan manusia ialah soal consetn atau persetujuan. Dalam undang-undang Allah, samada ada wujud kerelaan atau tidak dalam soal persetubuhan antara lelaki dan wanita bukan suami isteri, perbuatan itu tetap satu kesalahan. Bukan saja kesalahan tapi satu DOSA BESAR pula tu.

    Manakala undang-undang buatan manusia pula begini. Jika ada kerelaan (bagi wanita bukan bawah umur), ia bukan lagi satu kesalahan. Ia bukan lagi dianggap jenayah. Apatah lagi nak cakap soal dosa. Jadi, asal saja wujud elemen kerelaan untuk buat zina, selesai kes tu. Tiada lagi cerita untuk bawa kes tu ke Mahkamah. Sebab dalam kes rogol, elemen utama ialah adanya unsur paksaan.

    Inilah dunia kita. Dunia yang sementara. Dunia yang ramai orang tertipu dengan permainan dan perhiasannya. JOM kita kembali kepada Islam. Insyaallah, kita akan selamat dunia dan akhirat.

    Tahniah atas artikel di atas.

    Comment by ERAKITA | 29/10/2009 | Reply

  2. begitulah rapuhnya undang2 ciptaan boleh ikut kehendak manusia dan berubah2 mengikut selera manusia,syukran sheikh

    Comment by aburabiah | 29/10/2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: