Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :…
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su’ul khatimah.
Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersanga buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.
Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.
Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.
Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan bagaikan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat.
06/05/2015
Posted by aburabiah |
Uncategorized |
Leave a comment
berkata :
أربع من علامات الشقاء: قسوة القلب وجمود العين وطول الأمل والحرص على الدنيا
“Ada empat tanda kesengsaraan : hati yang keras, mata yang tidak pernah menangis (karena Allah), panjang angan-angan, dan tamak terhadap dunia.” (Hilyatul Auliya’ : 4/212).
06/05/2015
Posted by aburabiah |
Uncategorized |
Leave a comment
Khatib : Ustaz Rafihi Derim
Lokasi : Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Dalam kehidupan dunia ini, manusia menghadapi ujian dan cubaan hidup serta berhadapan dengan musuh, antaranya musuh tradisi yang bernama iblis laknatullah. Di antara sifat iblis ini sehingga ia dihumban keluar dari syurga ialah kerana sifat sombong dan angkuhnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam AS sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Dalam satu dialog Nabi Nuh AS ada menceritakan riwayat berkenaan sifat sombong iblis yang sewajarnya diambil perhatian dan dijadikan sempadan oleh umat Islam.
Nuh berkata kepada iblis : “Manusia menjadi hancur dan tenggelam gara-gara kamu”. Iblis berkata : “Apa yang harus aku lakukan?” Nabi Nuh berkata : “Kamu harus bertaubat”. Iblis berkata : “Apakah saya masih mempunyai kesempatan untuk bertaubat? Berdoalah kamu kepada Tuhanmu”. Maka Nabi Nuh berdoa lalu Allah memberi wahyu kepadanya bahwa taubat iblis dia harus bersujud kepada kuburan Adam.
Nabi Nuh berkata kepada iblis : “Kamu punya kesempatan untuk bertaubat”. Iblis berkata : “Bagaimana caranya?” Nabi Nuh berkata : “Kamu harus bersujud kepada kubur Nabi Adam”. Iblis berkata : “Aku tidak mahu bersujud kepadanya pada waktu dia hidup, bagaimana pula aku akan sujud kepadanya setelah dia mati”. (HR. Ibnu Abu Dunya dalam kitab Makaidusy Syaithan)
Begitu juga yang berlaku kepada anak Nabi Nuh AS yang enggan naik ke dalam bahtera Nabi Nuh AS ketika berlaku banjir besar pada zamannya. Keengganan ini terjadi kerana sifat angkuh dan sombong yang ada di dalam dirinya. Allah SWT merakamkan kisah ini di dalam al-Quran yang bermaksud :
40. (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: “Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman”. dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
41. Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): “Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ‘Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya’. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
42. (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka Dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah Engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”.
43. Anaknya menjawab: “Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air”. Nabi Nuh berkata: “Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya”. Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
06/05/2015
Posted by aburabiah |
Uncategorized |
Leave a comment
Tarikh : 14 Jun 2014
Lokasi : Kg Lormalong, Kunak
Alhamdulillah, pengalaman pertama berforum bersama Ustaz Rafihi dan Ustaz Mat Razali atas undangan penduduk kampung. Saya hanya bertindak sebagai pengerusi forum yang mengendalikan soalan-soalan sama ada daripada pengerusi atau penonton. Di sini saya melihat kelebihan kedua panel yang saya hormati ini dengan ilmu dan seni dakwah mereka sendiri.
Insya Allah saya sendiri mendapat manfaat yang baik selain perkenalan daripada jemaah masjid dan penduduk kampung yang ramah dan baik hati.

06/05/2015
Posted by aburabiah |
Uncategorized |
Leave a comment
Pada 26 September 2013, Bersempena dengan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia, Jakim Cawangan Sabah, YADIM Zon Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama RTM dan TV Al-Hijrah telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Acara yang bermula jam 7.00 malam itu telah dibanjiri oleh hampir 1,500 orang pengunjung.
Tetamu kehormat majlis tersebut ialah Y.B Datuk Seri Panglima Haji Yahya Husin, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang mewakili Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Datuk Seri Panglima Haji Mohd Salleh bin Tun Haji Mohd Said, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Y.B Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Pembantu-Pembantu Menteri, Datuk Haji Amri A. Suratman, Pengarah JHEAINS, Ustaz Halim bin Ahmad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Tuan Haji Samin Ongki, Pengarah YADIM Zon Sabah, Ketua-ketua jabatan dan barisan pimpinan NGO Islam dari seluruh Sabah.
Y.B DSP Haji Yahya Husin ketika membacakan teks ucapan Ketua Menteri Sabah menyatakan bahawa kerajaan negeri sangat komited dalam menjayakan program dan aktiviti keagamaan di Sabah. Beliau juga menyifatkan penganjuran Forum Perdana Hal Ehwal Islam seumpama ini merupakan wadah terbaik dalam mengutarakan isu-isu semasa berkaitan agama Islam kepada seluruh masyarakat.
Barisan ilmuan yang ditampilkan pada malam berkenaan ialah Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Yang Dipertua YADIM dan Dr. Rafihi Wasihim, Pensyarah Maktab Perguruan Gaya Kampus Sabah manakala Ustaz Mohd Jumat bin Abdul Razak dari Pejabat Mufti Negeri Sabah telah bertindak sebagai moderator forum dengan tajuk “Indahnya Syariat Cantiknya Muafakat”.
Majlis pada malam tersebut telah diceriakan dengan 32 jenis hadiah khas buat pengunjung bertuah. Ia telah ditaja oleh pelbagai syarikat korporat tempatan yang mana hadiah utamanya ialah pakej mengerjakan umrah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah.
06/05/2015
Posted by aburabiah |
Uncategorized |
Leave a comment
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
“Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.”
Maka Allah berfirman:
“Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah”
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab “Az-Zuhd”).
Al-Hasan Al-Basri berkata: “Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa’at pada hari Kiamat nanti”.
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
“Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
“Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu”
SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak…
Oleh itu…
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.
06/05/2015
Posted by aburabiah |
Uncategorized |
Leave a comment