18P

Suara

Forum Perdana Ehwal Islam: “Indahnya Syariat Cantiknya Muafakat”

Pada 26 September 2013, Bersempena dengan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia, Jakim Cawangan Sabah, YADIM Zon Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama RTM dan TV Al-Hijrah telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Acara yang bermula jam 7.00 malam itu telah dibanjiri oleh hampir 1,500 orang pengunjung.

Tetamu kehormat majlis tersebut ialah Y.B Datuk Seri Panglima Haji Yahya Husin, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang mewakili Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Datuk Seri Panglima Haji Mohd Salleh bin Tun Haji Mohd Said, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Y.B Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Pembantu-Pembantu Menteri, Datuk Haji Amri A. Suratman, Pengarah JHEAINS, Ustaz Halim bin Ahmad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Tuan Haji Samin Ongki, Pengarah YADIM Zon Sabah, Ketua-ketua jabatan dan barisan pimpinan NGO Islam dari seluruh Sabah.
Y.B DSP Haji Yahya Husin ketika membacakan teks ucapan Ketua Menteri Sabah menyatakan bahawa kerajaan negeri sangat komited dalam menjayakan program dan aktiviti keagamaan di Sabah. Beliau juga menyifatkan penganjuran Forum Perdana Hal Ehwal Islam seumpama ini merupakan wadah terbaik dalam mengutarakan isu-isu semasa berkaitan agama Islam kepada seluruh masyarakat.
Barisan ilmuan yang ditampilkan pada malam berkenaan ialah Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Yang Dipertua YADIM dan Dr. Rafihi Wasihim, Pensyarah Maktab Perguruan Gaya Kampus Sabah manakala Ustaz Mohd Jumat bin Abdul Razak dari Pejabat Mufti Negeri Sabah telah bertindak sebagai moderator forum dengan tajuk “Indahnya Syariat Cantiknya Muafakat”.
Majlis pada malam tersebut telah diceriakan dengan 32 jenis hadiah khas buat pengunjung bertuah. Ia telah ditaja oleh pelbagai syarikat korporat tempatan yang mana hadiah utamanya ialah pakej mengerjakan umrah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah.

06/05/2015 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: