18P

Suara

16 peserta lepasi uji bakat Adik-Adikku terbitan TV1

PROGRAM realiti, Adik-Adikku yang disiarkan sejak 18 Mac lalu mencetuskan satu fenomena baru dalam penerbitan program realiti TV tempatan. Paling membanggakan apabila program berkenaan merekodkan jumlah hampir sejuta penonton sekali gus meletakkan program itu sebagai program paling popular di TV1 bagi minggu ke-11 tahun ini.

Atas sambutan menggalakkan dan memenuhi permintaan penonton, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM meneruskan pencarian bakat Adik-Adikku bagi musim kedua. Program ini dilihat sebagai program alternatif kepada kanak-kanak yang tidak berkonsepkan hiburan semata-mata, ia juga terbukti mampu mencungkil bakat, karisma, kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta melalui persembahan mereka di pentas. Generasi hari ini sewajarnya dididik dengan sifat Rasulullah ketika zaman kanak-kanak dan remaja yang sangat mulia dan berwibawa sekali gus dijadikan idola kanak-kanak hari ini.

Objektif rancangan ini adalah untuk memaparkan karisma kanak-kanak, mencungkil bakat yang boleh dibina dalam diri kanak-kanak serta dapat mendorong membentuk jati diri dan istiqomah dalam kepimpinan kanak-kanak.

Sesi uji bakat program Adik-Adikku musim Kedua sudah dijalankan di 14 lokasi di seluruh negara. Uji bakat ini dibuka kepada mereka berumur 8 hingga 12 tahun, dinilai daripada segi kepetahan berpidato, bertarannum, mengalunkan azan (bagi peserta lelaki) dan bernasyid. Ada peserta yang menampilkan kelainan dengan membuat persembahan seperti berzanji, marhaban, dan kalam jama’ie dalam menambat hati juri.

Program ini masih meneruskan konsep musim pertama iaitu berkonsepkan hiburan, pendidikan dan riadah. Persembahan pidato yang ditugaskan kepada setiap peserta perlulah memenuhi elemen berikut iaitu mempunyai mesej yang disampaikan mengikut tema yang ditetapkan, jelas, persembahan gaya yang menarik dan terpulang kepada kebijaksanaan setiap Murabbi untuk mengasah bakat yang ada pada setiap peserta dan menggunakan kebolehan peserta yang ada untuk tampil berada di pentas Adik-Adikku.
Setiap pertandingan mempunyai penyingkiran peserta dan yang membezakan Adik-Adikku dengan program realiti lain adalah peserta yang tersingkir dibenarkan untuk mengikuti semua aktiviti sepanjang di akademi sehingga tamat akademi.

Manakala, bagi aktiviti riadah pula, peserta didedahkan dengan tiga aktiviti yang sering diamalkan Rasulullah iaitu berkuda, memanah dan pada musim kedua ini ditampilkan aktiviti berenang.

Bagi program kali ini, peserta yang terpilih akan ditempatkan di Akademi Adik-Adikku di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi bermula esok hingga 25 Disember 2010, sempena musim cuti sekolah. Mereka yang berjaya akan dikumpulkan selama hampir sebulan dengan kelengkapan penuh dan wajib mengikuti kelas pembelajaran melalui kurikulum yang ditetapkan sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil.

Hasil uji bakat di 14 lokasi seluruh negara, seramai 16 orang peserta yang berbakat dipilih menyertai program ini terdiri daripada Muhammad Ammar Mukhlis Abd Mohsin, Muhammad Amirul Munir Azlin, Zaid Najmudin Zul Akmal, Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin, Isma Amirrul Ismail, Khair Najmi Mohd Khair, Amir Hamzah Hizir dan Muhammad Zakiy Najdee Shahirul.

Manakala peserta perempuan pula adalah Siti Nur Alia Safri, Normarina Misuari Baharodin, Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, Iffah Ahmad Hilmi, Raudhatus Syamimi Harun, NAJAHATUS SOLEHAH RAPIHI, Amira Nursyahira Azli dan Nurjannati Syakirin Ramli.

Akademi Adik-Adikku akan diketuai oleh seorang Ra’es selaku pengetua iaitu Farihin Abdul Fattah dan empat Murabbi terdiri daripada Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Ameer Azeezy Tuan Abdullah, Ustaz Badrul Sani Baharudin dan Ustazah Asni Abu Mansor yang membimbing peserta yang terpilih ke pusingan akhir.

Tarikh dan masa siaran belum di tetapkan, namun Adik-Adikku akan disiarkan menerusi TV1 mulai awal tahun depan.

27/11/2010 - Posted by | Uncategorized

6 Comments »

  1. assalammualaikum,… bilakah ujibakat yang kedua atau pda thun ini? thun 2011? kalau diizinkan saya nk masuk…🙂

    Comment by aliya | 18/01/2011 | Reply

    • ya assalamualaikum,saya juga ingin tahu bilakah ujibakat pada tahun ni,kalau tidak keberatan saya ingin menyertainya

      Comment by assyahiran | 22/03/2011 | Reply

  2. Salam, saya tidak pernah mengikuti rancangan adik-adikku, tetapi ramai yang memperkatakan tentang rancangan ini.. jadi ingin saya bertanya, adakah rancangan ini rancangan life? jika betul bagaimanakah kanak2 itu membahagikan masa dengan sekolah dan juga committment untuk rancangan TV? Saya juga ingin menghantar anak saya untuk ujibakat, tetapi risau tentang waktu persekolahan mereka.. Minta tolong pihak tuan jelaskan.. terima kasih.

    Comment by Khainiz | 20/03/2011 | Reply

    • semua rancangan diadakan pada musim cuti sekolah…

      Comment by aburabiah | 19/04/2011 | Reply

  3. yang saya tahu kawan sekelas saya boleh mengikuti uji bakat ini,jadi saya ingin menyertai juga.kawan saya ialah amira nursyahira peserta dari labuan

    Comment by assyahiran | 22/03/2011 | Reply

  4. 🙂

    Comment by assyahiran | 22/03/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: