18P

Suara

Peguam Syarie Menulis – Pelacuran

Pelacuran adalah antara profesion yang tertua didunia. Dengan tanpa kita sedari sendikit pelacuran ini telah melebar di negara kita ini dengan selarinya perkembangan spa-spa eksekutif, pusat pelacuran datau rumah-rumah urut yang menyediakan khidmat seks ini. Tempat-tempat ini menjadi kunjungan lelaki hidung belang bagi melampiaskan nafsu mereka dengan bayaran-bayaran tertentu mengikut tempoh masa tertentu.

Namun demikian kononnya atas dasar keselamatan serta bimbang dicekup di spa eksekutif atau pusat pelacuran atau rumah-rumah urut lelaki-lelaki kemaruk seks ini kini cenderung menjadikan rumah kediaman mereka sebagai pusat operasi untuk melampiaskan nafsu mereka. Golongan ini melanggan pelacur-pelacur ini dengan hanya membuat satu panggilan telefon menyewa lambakan ”Call girl” yang diiklankan samada menerusi laman wb atau email.

Dengan hanya satu panggilan telefon maka ”Call Girl” ini akan datang ke rumah pelanggan mereka dengan bayaran-bayaran tertentu mengikut masa-masa yang dikehendaki oleh pelanggan mereka. Betapa mudahnya maksiat dihadapan kita.

Kebimbangan kita adalah sekiranya gejala sosial ini tidak dibendung akan menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak kepada generasi hari ini. Maksiat mudah sahaja didapati dengan hanya melayari internet serta menggunakan e-mail tawaran-tawaran seks seperti ini mudah didapati. Memetik kenyataan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , Mohamad Rais Rasid yang mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak memandang ringan terhadap perbuatan melanggan ”call girl” ini di rumah dan mengingatkan bahawa perbuatan ini tidak selama-lamanya terlepas daripada tindakan undang-undang. Jabatan itu dilaporkan memandang serius aktiviti golongan ini dan pada bila-bila masa bersedia untuk merngambil tindakan undang-undang.

Aktiviti-aktiviti ini sewajarnya dibendung dari terus berleluasa dan sebagai orang awam yang bencikan maksiat perbuatan ini haruslah dicegah. Pencegahan boleh diambil oleh jiran-jiran atau rakan-rakan serumah yang mengetahui mengenai kegitan itu yang berlaku dihadapan mereka. Mereka bolah menghubungi pihak berkuasa agama negeri masing-masing untuk tindakan penguatkuasaan. Tanpa aduan orang ramai aktiviti-aktiviti ini sukar dikesan kerana iannya berlaku di rumah berbeza dengan penguatkuasaan di spa-spa eksekutif, pusat-pusat pelacuran maupun di rumah-rumah urut.

Atas dasar menghidari perbuatan ini dari terus menerus berleluasa di kalangan kita maka kita haruslah peka terhadap tindak tanduk jiran kita mahu rakan-rakan serumah kita. Budaya tidak menjaga tepi kain orang haruslah dikikis bagi membendung gejala seperti ini, takkan kita hendak menutup mata apabila kita mengetahui rakan serta jiran kita terlibat dengan perkara sumabang sebegini.

Perbuatan-perbuatan ini selain salah disisi moral, adat serta budaya timur ianya secara jelas berlawanan dengan kehendak agama kerana ianya mengundang kepada perzinaan. Perzinaan adalah sesuatu yang jelas diharamkan oleh agama kita dan jelas ianya banyak mengundang keburukan dari segi nasab serta ianya juga boleh mengundang kepada penyakit-penyakit berjangkit seperi siflis malahan lebih buruk kepada menularnya penyakit AIDS. Selain itu juga perbuatan perzinaan ini juga salah dari segi undang-undang di negara kita.

Bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti ini tidak kira samada golongan lelaki yang melanggan serta golongan wanita yang memberikan khidmat seks tersebut, perbuatan-perbuatan ini adalah menjadi suatu kesalahan jenayah syariah di negara kita ini. Kesalahan-kesalahan ini adalah melibatkan kesalahan moral dan individu yang melakukan kesalahan ini apabila tertangkap mereka boleh di dakwa atas tiga kesalahan mengikut enakmen jenayah syariah. Setiap kesalahan-kesalahan ini adalah mengikut kepada keadaan sesuatu kes tersebut. Seseorang yang ditangkap boleh didakwa pertamanya adalah atas kesalahan berkhalwat manakala keduanya adalah atas kesalahan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan ketiganya kesalahan persetubuhan luar nikah (haram).

Bagi kesalahan khalwat sebagai contohnya merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, Seksyen 29 (1) (a) dan (b) memperuntukan bahawa mana-mana orang lelaki atau perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yg bukan isteri atau mahramnya atau berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral adalah melakukan kesalahan di bawah khalwat ini. Apabila seseorang itu disabitkan atas kesalahan khalwat tadi hukumannya adalah denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan khalwat ini boleh dikenakan terhadap orang yang ditangkap di dalam kedaaan mereka ini baru disyaki melakukan sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti bercium serta belum sampai kepada tahap melakukan persetubuhan atau percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagi kesalahan keduanya pula apabila seseorang itu ditangkap di dalam keadaan mereka itu melakukan apa-apa perbuatan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah walaupun perbuatan itu tidak sampai ke tahap melakukan persetubuhan luar nikah. Undang-undang telah memperuntukan bahawa mereka boleh ditangkap serta didakwa di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Jika disabit kesalahannya individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Bagi kesalahan ketiganya pula apabila seseorang itu ditangkap di dalam keadaan mereka itu melakukan persetubuhan maka undang-undang telah memperuntukan bahawa mereka boleh ditangkap serta didakwa atas kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah (haram). Sebagai misalannya Seksyen 25 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memeruntukan bahawa mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yg bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan persetubuhan luar nikah. Sekiranya lelaki tersebut didapati bersalah dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Manakala bagi ”call girl” yang ditangkap pula atas kesalahan ini sekiranya ia beragama Islam maka call girl tersebut juga mengikut Seksyen 25 (2) Enakmen yang sama apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Undang-undang syariah negara kita sudah memadai untuk mendakwa individu-individu yang terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini. Sehinggakan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman sebatan terhadap individu-individu yang terlibat dengan kesalahan persetubuhan haram ini tanpa mengira individu tersebut lelaki mahupun perempuan selain daripada hukuman denda serta penjara sebagai pengajaran.

Sewajarnya kita sebagai umat Islam harus sensitif terhadap perkara yang berhubung dengan sebarang aktiviti yang melibatkan perzinaan ini .Ini adalah kerana isu seperti ini jelas bahawa mereka ini sengaja melibatkan diri kepada perzinaan. Selain itu juga sebagai umat Islam sewajarnya kita membendung sebarang bentuk aktiviti melibatkan perzinaan ini yang semakin berleluasa dari hari kesehari dengan membiarkan orang Islam terlibat secara langsung dengan aktiviti perzinaan ini.

Bagi yang terlibat secara langsung dengan aktiviti seperti ini insaflah dan kembalilah kepada jalan yang benar jalan yang dirahmati oleh Allah. Pintu taubat masih terbuka luas dan sewajarnya perkara-perkara seperti ini dihindari kerana ianya tidak menguntungkan kerana kesedapan yang dinikmati adalah sesaat tetapi penyesalannya adalah seumur hidup. Walaupun mungkin seseorang itu boleh lepas daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang kerana aktiviti-aktiviti agak sukar dikesan oleh pihak berkuatkuasa agama kerana mereka ini dilaporkan oleh media menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi pandangan mata orang ramai dengan melakukan pelbagai jenis penyamaran yang memungkinkan kegiatan mereka ini tidak dapat dihidu oleh orang sekeliling atau pihak berkuasa. Namun begitu ingatlah bahawa Allah maha melihat dan mengetahui perbuatan hamba-hambanya.

06/10/2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: