18P

Suara

Hukuman tegas terhadap model bertujuan pengajaran

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bukti Islam serius cegah kemungkaranMASIH ramai yang tidak faham mesej yang disampaikan hakim syarie, menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5,000 dan enam kali sebatan rotan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, baru-baru ini.

Kesalahan itu disabitkan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

Tindakan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas wanita terbabit mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating, tahun lalu, adalah wajar hingga disifatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai tindakan berani dan tepat berdasarkan hukum syariah.

Hakikatnya, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan itu mampu membuka mata banyak pihak bahawa Islam serius dalam kerja mencegah kemungkaran. Kalau dulu pesalah yang disabitkan kesalahan sekadar menerima hukuman ringan bagaikan melepaskan batok di tangga.Kini mereka yang terbabit menimbang dengan mata akhirat dan akur pentingnya walaupun kita tidak syarie sepenuhnya, sekurang-kurangnya segala ruang yang ada diguna semaksimum mungkin agar umat Islam berkejar-kejar mengerjakan amalan baik dan benci serta meninggalkan segala bentuk maksiat dan kemungkaran.

Menurut rekod pada Januari lalu, mahkamah sama menjatuhkan hukuman sama ke atas satu pasangan yang melakukan kesalahan sama tetapi kes model sambilan ini adalah kes bagi kali ketiga. Setiap kali hakim itu menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah yang sama, terdengar suara sumbang membantah akan keputusannya atas alasan yang pelbagai termasuk mencabuli jaminan perlembagaan.

Hakikatnya sebarang bentuk hukuman sama ada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah.Prinsip hukuman di dalam Islam adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu. Tanpa kita sedari hari ini masyarakat umum diberikan kefahaman yang salah berkaitan pelaksanaan sebatan ke atas pesalah itu dilakukan dengan menyamakan dengan pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil.

Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti kes pengedaran dadah, rogol, liwat dan sebagainya. Bagi pesalah sivil hukuman sebat adalah satu hukuman yang amat menyakitkan.

Ini kerana sebatan itu akan mengakibatkan luka luar dan dalam. Ia mengambil masa lebih sebulan untuk sembuh keseluruhan. Parutnya akan kekal selama-lamanya. Kesakitannya dikatakan amat sakit, berdenyut-denyut ke seluruh tubuh. Pada malam hari pesalah terpaksa tidur dalam keadaan meniarap untuk mengelak kesakitan.

Persoalannya adakah hukuman sebat di mahkamah syariah dilakukan dengan kaedah sama dengan mahkamah sivil? Inilah persoalan yang timbul berkaitan hukuman sebat ini yang dianggap sebagai hukuman mahkamah sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada mahkamah syariah apatah lagi pesalahnya adalah wanita.Oleh itu, mahkamah syariah dikatakan menindas serta menzalimi wanita dengan membezakan kesalahan pesalah sivil yang mengecualikan hukuman sebatan terhadap orang tua dan wanita. Hakikatnya di mahkamah syariah, sebatan dilakukan dengan kekuatan sederhana dan selepas melakukan satu sebatan, pelaksana hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya (melibas).

Kebiasaannya sebatan hanya meninggalkan kesan merah dan tidak memudaratkan sehingga mampu memecahkan kulit.

Sewajarnya kita sebagai umat Islam harus sensitif terhadap perkara berkaitan aktiviti yang membabitkan arak ini, bukannya terhadap isu remeh temeh dengan mencampuri sebarang keputusan dikeluarkan mahkamah syariah.

Sebarang keputusan mahkamah syariah bersandarkan kepada peruntukan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984 memberikan bidang kuasa kepada mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau enam kali sebatan.

Biarpun hukuman ditingkatkan, belum ada kajian atau penulisan yang mengkaji keberkesanan hukuman ini dalam membendung pembabitan masyarakat dalam jenayah syariah. Mengenai hukuman sebat pula, biarpun diperuntukkan terhadap pelbagai kesalahan jenayah syariah, malah kaedah pelaksanaannya juga dinyatakan di dalam Enakmen Prosedur Jenayah Syariah.

Sebagai umat Islam sewajarnya kita membendung sebarang bentuk aktiviti membabitkan arak ini yang semakin berleluasa dari semasa ke semasa dengan membiarkan orang Islam terbabit secara langsung dengan aktiviti arak ini sama ada di hotel, di kilang pembuatan arak, kedai serbaneka atau di pasar raya.

Harus diingat bahawa bagi kesalahan meminum arak ini, hukuman yang selaras dengan undang-undang harus dijatuhkan bagi menginsafkan pelakunya supaya orang ramai turut sama menjauhi arak.

Selain itu juga hukuman yang diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas menjadi ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan.

Apa pun kembalilah kita kepada al-Quran dan Hadis. Biarlah Allah dan Rasul yang menjadi ikutan dan penentu kehidupan kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.” (Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)

Disediakan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip

11/08/2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: