18P

Suara

Khutbah Aburabiah: Mencintai dan Memuliakan Rasul SAW

-Rasulullah SAW merupakan penutup sekalian para nabi dan Rasul
-Rasulullah SAW merupakan utusan untuk semua umat manusia
Perutusan Rasulullah SAW merupakan rahmat bagi seluruh umat manusia
-Rasulullah SAW telah berjuang selama 23 tahun untuk membawa manusia keluar daripada kegelapan menuju cahaya yang terang benderang
-Perjuangan Rasulullah SAW adalah untuk membebaskan umat manusia daripada kekufuran, kemusyrikan, dan kejahilan.
Dalam perjuangan Rasulullah membebaskan umat manusia daripada kegelapan, berbagai penderitaan dihadapi seperti ditidih gila, tukang sihir, tukang tenung, penyair dan lebih dahsyat lagi baginda SAW disakiti, dipulau, disihir, dan ancaman bunuh semata mata kerana sayangnya Rasulullah kepada umatnya sehingga sanggup menderita dan susah bersama sama umatnya. Allah menggambarkan dalam al Qur’an kejadian tersebut dalam surah at Taubah 128:

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang orang mukmin”.
Apakah yang perlu kita lakukan sebagai mu’min untu mencintaiRasul SAW yang telah berkorban untuk keselamatan dan keimanan umat ini?

-Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan An Nasai’
“Tidak beriman salah seorang diantara kamu sebelum aku lebih dicintainya daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anak anaknya, dan semua manusia”.
-Firman Allah dalam surah at Taubah: 24
” Katakanlah, jika bapa bapa, anak anak, saudara saudara, isteri isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, rumah rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya dan dari Jihad dijalannya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang fasik”.
Para sahabat amat mencintai Rasulullah SAW sehinga tidak berjalan dihadapan Rasulullah SAW, tidak menunjuk nunjuk dihadapan Rasulullah SAW, ketika menjawab soalan mereka kembalikan pada Allah dan Rasulnya kerana memuliakan Rasulullah SAW.
Tsauban RA sakit jika tidak menlihat dan bertemu baginda kerana sayangnya dan rindunya pada junjungan dan ketika ditanya mengapa? Jawapannya takut tidak bersama Rasululaah SAW dihari akhirat.
Bilal RA ketika menghembuskan nafas yang terakhir gembira kerana mahu bertemu Rasulullah SAW
Kesimpulan
-Tinggalkan Larangan Allah dan Rasulnya
– Ikutlah suruhan Allah dan Rasulnya
-Sentiasa bersalawat kepada Nabi untuk mendapat syafaatnya

02/10/2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: